Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke 49

Hari ini genaplah 49 tahun usia Malaysia. Penyertaan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 dengan Semenanjung Malaysia telah membentuk satu negara majmuk yang dinamakan Malaysia…

Alhamdulillah setelah 49 tahun, ikatan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak semakin erat serta kukuh. Akan tetapi ikatan tersebut belum tentu akan kekal selagi anasir-anasir asing mengganggu-gugat keharmonian Malaysia oleh kerana dengki dan iri hati dengan kemajuan yang dikecapi Malaysia.

Di kesempatan ini eXception ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia tak mengira kaum dan agama serta tak mengira di mana sahaja korang berada… Hatta di puncak Kinabalu sekalipun…

Tema sambutan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’… Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di Bintulu, Sarawak…