Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri

Petang tadi eXception berkesempatan untuk singgah ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Presint 2, Putrajaya. Walaupun cuaca petang itu agak panas, tetapi tetamu yang datang tetap ramai. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bertindak selaku tuan rumah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Antara menu yang dihidangkan termasuklah nasi beriyani, nasi tomato, kambing golek, ayam panggang, laksa dan bermacam-macam lagi hidangan. Tetamu yang datang tidak putus-putus, memandangkan lokasi majlis berhampiran dengan jabatan kerajaan. Berikut adalah antara gambar-gambar sekitar majlis tersebut.

Oh ya… Korang masih ingatkah dengan wartawan bermuka toya ni?? Ni le wartawan MBIKINI yang pernah kena halau semasa Konvensyen Media Sosial di Kuala Lumpur hari tu… Tu tak lain nak memutar belit berita berkenaan majlis ini… MBIKINI… Memang terkenal dengan berita yang diputar belitkan…

Yang ni pulak… Antara muka yang boleh dikatakan LEGEND yang turut sama menghadiri majlis ini… Jauh no dia mai… Akhirnya dapat jumpa face to face dengan LEGEND ni… Ha ha ha ha ha ha… Korang kenal tak??

Ha ha ha ha ha… Apapun, terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri khususnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kerana mengadakan majlis sebegini… Alhamdulillah… Kenyang… Jimat budget makan tengahari… He he he he he… Terima kasih gak kepada adik eXception, yang turut bertugas dalam majlis ini kerana sudi menjemput eXception… He he he he he… Cuma terkilan tak sempat makan kambing golek… Hu hu hu hu hu… Kempunan eXception…

Nota: eXception tak sempat menanti ketibaan Datuk Seri Hj Najib, disebabkan kesuntukan masa…

Advertisements