Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Tokoh

Sehari selepas, negara kehilangan tokoh, Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah. Hari ini kita kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak mencurahkan jasa dalam dunia pendidikan negara, iaitu Allahyarham Profesor Madya Dato’ Dr. Mahadzir Mohd. Khir yang meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham pernah mencurahkan baktinya sebagai seorang guru dan pensyarah di Universiti Malaya. Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya, serta berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 dan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 2004. Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Sg Petani.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi Allah.

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Dr. Mahadzir, 67, dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mendapat serangan jantung petang semalam.

Beliau yang dilahirkan di Yan, Kedah pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004.

Pada 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan manakala 2004 dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran di dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004. – UTUSAN