Suku Kaum Mah Meri Agen Yahudi?? Biar Betik!!

Ramai kalangan bijak pandai, padahal tak bijak mana pun mengatakan corak pada duit sepuluh sen baru adalah lambang Yahudi, iaitu lambang Star of David…

Hakikatnya ianya adalah corak anyaman dari suku kaum asli Mah Meri… Adakah ini bermakna suku kaum Mah Meri adalah agen Yahudi??



Mungkin selepas ni akan keluar dalil yang mengatakan suku kaum Mah Meri merupakan agen Dajjal pulak… Kah kah kah kah kah kah!! Memang kelakar!!

eXception malas nak jelas panjang-panjang, korang ada otak korang pikir sendiri… Jika tak mampu berfikir dengan otak sendiri… Pergi jual otak tu kat kedai… Tak guna simpan otak kalo tak boleh berfikir…

Sumber:

Syiling Baru ada Logo Israel!

Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3

Nota: eXception minta maaf kepada suku kaum asli Mah Meri, bukan niat untuk mempersendakan, tetapi ini bertujuan untuk mendidik manusia dari spesis yang suka percaya satu-satu perkara bulat-bulat tanpa menyelidik. Bagaimanapun tajuk di atas bukan satu kenyataan tetapi satu persoalan. Artikel ini bertujuan mahu membuka mata pihak-pihak yang berakal sempit supaya celik mata akan kewujudan motif ini… Maaf sekali lagi.