Kaitan Oppa Gangnam, Pokemon Dengan Yahudi

Demam Oppa Gangnam Style ni baru sahaja melanda Malaysia… Namun yang kelakarnya ada pulak yang mengaitkan Gangnam dengan Yahudi…

Aduhai… Siapa punya fatwa la ni… Ni mesti ajaran Pork Nick…. Ikut suka tekak dia je nak keluarkan fatwa ntahapehapentah… Jadi apa kebende ‘GANGNAM’ tu?? Gangster Jawa Bernam ke?? Ha ha ha ha ha… Sori la bro Jawa Bernam… Saje mengusik… Ha ha ha ha ha ha…

Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.

Jadi Oppa pulak bermaksud Opah?? Opah hang laa!! Oppa tu bermaksud lelaki yang lebih tua… Abang pun boleh… Takde kena mengena dengan Yahudi la dol!!

Sebenarnya isu ni serupa dengan kes kartun Pokemon yang juga dikaitkan dengan Yahudi suatu ketika dulu… Seperti biasa, yang mengeluarkan fatwa karut-marut ni biasanya baru nak belajar jadi Ular Dalam Semak (Ularmak) dalam HamPAS…

Assalamualaikum

Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. Ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya Pokemon. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah Siryaniiyah).

Contohnya:
Pokemon – Saya Yahudi.
Charmander – Allah itu lemah (Subhanallah!)
Pikachu – Jadilah seorang Yahudi.

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita Pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat…

Aduhai… Macam-macam hal… Ntah mana dia cedok benda ni eXception pun tak tau laa… Serius fail!! Let me explain this BULLSHIT…

1) Pokemon: Berasal drp pkataan Pocket dan Monster. Jadi, Pokemon adalah Pocket Monster atau dalam bahasa Melayunya Raksasa yang Boleh Disimpan di dalam Poket. Kenapa? Kerana raksasa tu boleh ditangkap dan kurung dlm sebijik bola kemudian boleh dimuatkan ke dalam poket pemiliknya.

Formulanya: Pocket + Monster = Pokemon


Pokemon dan Bola Poké (Pokéball) yang boleh mengurung Pokemon

2) Charmander: Berasal drp pkataan Char (pkataan omputih, maksudnya bakar, membakar ataupun terbakar) dan Salamander (sejenis binatang dalam cerita dongeng, binatang ini semacam biawak dan dikatakan hidup dalam api).

Formulanya: Char + Salamander = Charmander.


Ni pula Pokemon bernama Charmander

3) Pikachu: Berasal daripada perkataan Pikapika (bahasa Jepun, maksudnya bunyi arus eletrik) dan Chuchu (bahasa Jepun gak, maksudnya bunyi tikus).

Formulanya: Pikapika + Chu = Pikachu.


Inilah Pikachu, Pokemon tikus yang boleh mengeluarkan cas elektrik

Jadi… Adakah pencipta watak Pokemon ni seorang Yahudi??

Penulis email ni mengatakan konon perkataan tadi berasal dari bahasa Siryani (Suryani). Bahasa Siryani adalah bahasa yg hampir dengan bahasa Ibrani (Hebrew). Pokemon ni dibuat oleh orang Yahudi utk sesatkan orang Islam. Adakah pencipta kartun ini orang Yahudi? Jawapannya TIDAK. Kartun ini dicipta oleh Satoshi Tajiri dan merupakan orang Jepun. Beliau mendapat ilham menghasilkan permainan ini daripada pengalaman waktu kecilnya di mana beliau suka mengumpul serangga.

Tepuk dahi eXception… Kalau la ada 10 juta orang macam ni kat Malaysia yang kerjanya buat fatwa mengarut ataupun lebih mudah jika dikatakan sebagai BULLSHIT!! Hancur Malaysia… Jadi kepada rakyat Malaysia selidik dahulu sebarang berita sebelum menyebarkannya… Jika tak tahu… Tak pasti… Jangan sebarkan, tanya orang yang lebih arif…

Sumber:

Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’

Agenda Yahudi – Bahaya Kartun Pokemon

Kartun Pokemon? Senjata Yahudi? Fuyyoh?

Makna Pokemon dalam Bahasa Yahudi

Nota: Bila Tun Dr Mahathir nak praktikkan Bahasa Inggeris sejak dari sekolah rendah, korang marah… Kata nak merendahkan martabat Bahasa Melayu… Tapi hakikatnya korang sendiri merendahkan martabat korang kerana gagal memahaminya dengan jelas… Maka ramai la para IDIOT kat luar sana cuba berlagak pandai dengan salah tafsir akan IDIOM ini: “Better the devil you know than the angel you don’t”

Advertisements