Benarkah Kakitangan Kerajaan Dipaksa Sertai Himpunan Merdeka??

eXception tak pasti samaada benar atau tidak perkara ini…

Benarkah kakitangan kerajaan dipaksa dan dikerah untuk menyertai himpunan merdeka di Bukit Jalil??

Selama 5 tahun lebih eXception bertugas di jabatan kerajaan, tak pernah lagi menerima arahan kerahan secara paksa ke mana-mana majlis anjuran kerajaan…

Memang eXception ada menerima emel pekeliling daripada Ketua Jabatan untuk secara sukarela memberikan nama tetapi disebabkan eXception mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang lain, jadi eXception terpaksa menolaknya…

Memang di dalam emel tersebut menyatakan kehadiran akan direkodkan…

Ada sebab mengapa kehadiran perlu direkodkan…

1) Aktiviti persiapan akan dilakukan pada waktu kerja, ini bagi memastikan mereka yang secara sukarela memberikan nama hadir bagi mengelakkan peserta ponteng.

2) Untuk memudahkan peserta membuat tuntutan perjalanan apabila kehadiran direkodkan.

3) Untuk memudahkan jabatan mencetak sijil penyertaan untuk peserta.

Tidak timbul isu kerahan… Jika isu ini timbul. Mungkin berpunca dari kakitangan awam itu sendiri… Patut salahkan diri sendiri yang secara sukarela memberikan namanya…

Jika tak sanggup jangan bagi nama… Jangan ingat ianya peluang untuk ponteng kerja…