Benarkah Malaikat Tak Pernah Buat Kesilapan??

Kenyataan Tun Dr Mahathir yang mendakwa malaikat juga membuat kesilapan menjadi topik yang hangat di kalangan pencacai DAP dari kalangan ahli PAS…

Pada hemat mereka malaikat adalah maksum dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan kerana tidak dikurniakan nafsu seperti manusia…

Tetapi tahukah anda dengan ketua malaikat bernama Azazil??

Tahukah anda, Azazil ini adalah penghulu segala malaikat yang dianugerahkan gelaran paling mulia dan rupa yang paling indah sekali dari kalangan para malaikat??

Tahukah anda, Azazil juga melakukan satu kesilapan…

Kesilapan Azazil ialah terlalu bangga dengan penciptaannya…

Kesilapan Azazil ialah terlalu angkuh dan enggan sujud kepada Adam…

Kesilapan Azazil ialah terlalu berbangga dengan ketinggian darjatnya…

Kesilapan Azazil membuatkan Allah murka dan melucutkan gelaran ahli syurga kepada ahli neraka…

Allah menukarkan Azazil dari seindah ciptaanNya… Kepada sehodoh-hodoh makhlukNya…

Allah menggelarkan Azazil sebagai Iblis…

Allah mencampakkan Iblis ke dunia…

Siapa kata malaikat tidak pernah melakukan kesilapan??