Pandelela Pulang Menuntut Janji Johari Pain??

SEPANG – Sorakan ratusan penyokong menyambut kepulangan ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira jam 7.48 pagi tadi.

Pandeela melahirkan rasa gembira dan terharu di atas sokongan dan doa yang diberikan oleh keluarga dan seluruh rakyat Malaysia ketika beliau beraksi pada Sukan Olimpik London 2012 sehingga membolehkannya merangkul pingat gangsa dalam acara akhir 10 meter platform individu wanita.

Pandeelela mencatat sejarah apabila menjadi penerjun wanita pertama negara merangkul pingat dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Turut mengiringi kepulangan atlit dari London ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan ahli keluarga.

Dalam acara itu, pingat emas dimenangi penerjun China, Chen Ruolin yang meraih 422.30 mata dan perak milik peserta Australia, Brittany Broben dengan 366.50 mata.

Kejayaan penerjun muda dari Sarawak itu membolehkan kontinjen Malaysia membawa pulang satu perak dan satu gangsa sekali gus menyamai rekod Sukan Olimpik Atlanta pada 1996.

Pingat perak negara pula disumbang jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei menerusi badminton perseorangan lelaki apabila tewas kepada musuh tradisi, Lin Dan pada final acara berkenaan. – Berita Harian Online

Khabarnya… Pandelela hendak bertemu dengan Johari Pain berkenaan ‘janjinya’ itu…

Adakah Pandelela mahu menuntut janji yang Johari Pain nyatakan dalam Facebook temph hari??