Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

eXception di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di Malaysia tak mengira apa fahaman politik korang…

Nuzul A-Quran adalah bagi mengingati peristiwa turunnya wahyu pertama Allah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril A.S. Wahyu pertama di turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW ialah Surah Al-Alaq…

Selepas Nuzul Al-Quran, satu lagi peristiwa yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setiap tahun… Tak lain tak bukan ialah Lailatul Qadar… Lailatul Qadar tidak boleh dijangka bilakah berlakunya… Tetapi ianya pasti akan berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam yang ganjil.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.