Manoharan Hanya Pandai Bercakap Tapi Tak Pandai Main Badminton

Salah satu penyakit orang politik ialah bila banyak merapu… Contohnya macam M.Manoharan. Kadang-kadang apa yang dia merapu tu sekadar mahu mencari populariti dan publisiti murahan dengan harapan ada yang menjilat buntutnya hitam berkarat dan berkerak macam buntut kuali yang satu abad tak pernah dibasuh…

Manoharan secara sinis menghina Datuk Lee Chong Wei, tetapi tanpa menyedari antara dia dan Datuk Lee Chong Wei ibarat langit dan bumi… Sekurang-kurangnya Datuk Lee Chong Wei pernah memenangi banyak acara pertandingan badminton dan memungut banyak pingat serta kejuaraan. Jika dibandingkan dengan Manoharan, hanya juara dalam bab merapu dalam Sidang DUN dan akhbar… Manoharan bukan pandai sangat main badminton macam Datuk Lee Chong Wei…

Agaknya jika dicabar oleh oleh Datuk Lee Chong Wei berentap dalam gelanggang, mahu kelam-kabut sampai tersungkur Manoharan apabila setiap smash yang dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei gagal disambutnya.

Percayalah orang politik macam Manoharan ni hanya mahu meraih populariti sahaja… Gebang… Pokok kelapa pun boleh tumbang… Maksudnya bila pandai bercakap hingga orang yang mendengar tak sedar yang mereka kena kencing…

Politikus macam Manoharan ni apabila sudah menghidapi penyakit meroyan macam ni, adalah antara petanda yang dia bakal kalah dalam PRU 13 nanti… Percayalah!!

Jadi… Mari kita tanya pendapat Datuk Lee Chong Wei berkenaan penghinaan yang dilakukan oleh Manoharan kepada beliau??