Syawal Ceria Dengan Promosi Air Kencing Setan Di Pulau Pinang

Sambutan Syawal di Pulau Pinang diceriakan dengan replika susunan botol arak yang disusun dengan tujuan untuk mempromosikan air kencing setan tersebut kepada umat Islam.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada Khalifah Umar Lim Guan Eng, kerana menjadi Khalifah pertama di dunia yang mempromosikan arak secara besar-besaran. Terima kasih juga kepada PAS yang berjaya mengangkat seorang kafir harbi sebagai Khalifah setaraf Khalifah Ummar Al-Khatab… Malah PAS tanpa malu-malu menjadikan Khalifah Umar Lim Guan Eng sebagai role model mereka… Alhamdulillah… Semoga ahli-ahli PAS yang sesat ini memperoleh ‘ganjaran’ setimpal dari Allah…

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera “Syawal Ceria”.

“Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.

“Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. – Bernama