Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

Mohd Sayuti Omar tak habis-habis dengan fitnah… Bulan Ramadhan pun nak fitnah… Tengoklah kenyataannya di bawah ini berkenaan gambar di atas…

Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy… kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.

Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?
Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Mungkin Mohd Sayuti Omar dilahirkan untuk memperbodohkan dirinya atau memperbodohkan orang lain… Kenderaan di atas bukan Perodua MyVi… Berdasarkan design belakang, ianya jelas ialah Daihatsu Boon…



Di bawah ini barulah MyVi…





Nak fitnah tu beragak la sikit… Lain kali selidik dulu sebelum sebar fitnah…

Satu lagi nak beritahu… Perodua TIDAK PERNAH MENCIPLAK DESIGN dari pengeluar lain seperti Daihatsu dan Toyota… CIPLAK bermaksud menggunakan design kereta tanpa kebenaran… Tetapi Perodua sudah mempunyai perjanjian dengan Daihatsu dan Toyota untuk menggunakan design kedua-dua pengeluar itu untuk produk keluaran Perodua. Jika tidak, sudah lama Perodua sudah diheret ke Mahkamah kerana melanggar Akta Hakcipta…

Kepada Mohd Sayuti Omar… Len kali nak fitnah tu, biarlah nampak REAL…

Sumber Fitnah: Mohd Sayuti Omar Wall Photos