Hari Kemerdekaan Ke 55 Tiada Logo Rasmi?

Lepas satu… satu kontroversi yang dibuat oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim ni… Naik berpinar mata eXception… Kali ni buat pertama kalinya sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tidak ada logo rasmi… Dafuq is this??

Sudah lah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 pulak macam hampeh… eXception rasa sepatutnya lagu tema hari Kemerdekaan terbaik pernah eXception dengar ialah, lagu Keranamu Malaysia yang dicipta oleh Pak Ngah dan Siso Kopratasa. Yang mana lagu ini liriknya mudah dan puitis. Malah budak tadika pun boleh menyanyikannya… Entah mengapa seolah-olah Malaysia ni dah ketandusan penggubah lagu sampai lagu tahap sampah dijadikan lagu tema Hari Kemerdekaan… Malah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 pula menjadi bahan jenaka orang-ramai… Shame on you!!

Nampaknya sudah sampai masa Datuk Seri Utama Rais Yatim mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada orang yang lebih kreatif menggantikan Datuk Seri Utama Rais Yatim… Bila otak dah berkarat… Pemikiran sudah tak kreatif, maka terhasilah perkara yang merapu-rapu…