Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam… Tidak mengira fahaman politik korang… Esok semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan mula berpuasa.

Malam ini merupakan malam pertama kita akan berterawih. Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid-masjid serta surau-surau untuk bersama-sama menunaikan ibadah sunat terawih… Sesungguhnya ganjaran mengerjakan terawih itu amat besar…

Fadhilat Ramadhan:

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

eXception di sini ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada semua pembaca blog yang beragama Islam terutama sekali kepada rakan-rakan seperjuangan yang beragama Islam… Semoga ibadah kita berjalan dengan sempurna tanpa masalah… Amin…

Note: This article autopublish at 21:00 PM