Lambang Salib Terbesar Di Putrajaya??

Siapa tak kenal Milo Suam, blogger akal cetek hanya menyiarkan artikel berdasarkan persepsi… Tak perlu dia turun untuk melihat lokasi, cukup sekadar ada informer berita fitnah pun terbit…

Berkenaan dengan artikel Milo Suam mengenai lambang salib besar di Putrajaya… Mungkin Milo Suam tak pernah ke Putrajaya… Gambar di atas ialah terletak di Presint 20, di mana menempatkan kawasan perkuburan Islam, Hindu, Buddha dan Kristian

Gambar di atas adalah kawasan tanah perkuburan untuk Kristian… Dan lambang salib itu bukan sebuah binaan… Tetapi pokok hiasan yang dibentuk agar menyerupai lambang salib… Malah kedudukannya jauh dari tepi jalan dan orang ramai takkan boleh lihat dari tepi jalan, kecuali masuk ke dalam.

Kawasan perkuburan ini terletak sangat jauh daripada Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan malah sangat jauh dari kuarters kakitangan kerajaan. Apa motif Milo Suam menyiarkan artikel sebegini?? Mungkin kerana wang??

Perghh!! Banyak tu… Kalau full time RM 550.00 sebulan… Itu baru untuk blogger tahap machai… Kalo blogger yang sudah ternama macam Milo Suam, berapa juta agaknya?? Mungkin 3 juta??

Sudah-sudahlah mengelentong orang Milo Suam oii… Hang nak kelentong orang Perak buleh… Tapi hang jangan kelentong orang Putrajaya la… Bulan lepas Anak Sungai Derhaka fitnah pasal Kubur 1 Malaysia kat Pekan…

Sumber Fitnah: Apa tujuan bina lambang salib besar di Putrajaya?