Wartawan Malaysiakini Dihalau Keluar?? Apa Kes??

Siang tadi berlangsung Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Regency Hotel, Kuala Lumpur…

Antara wartawan yang turut hadir, termasuklah wartawan Malaysikini (lelaki berambut panjang di dalam gambar). Walaupun dari portal berita pembangkang, wartawan tersebut tetap dijemput untuk membuat liputan serta diberi makan dan minum seperti peserta yang lain.

Akan tetapi petang tadi, salah seorang sekretariat telah mengesan putar belit dalam portal pembangkang itu yang mana, Malaysiakini telah memutar belitkan ucapan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan.

Datuk Mohd Zaini dalam ucapannya memberitahu kepada para peserta, sebarang berita sebenarnya boleh digunakan untuk menimbulkan persepsi. Kaedah itulah yang digunakan oleh Jentera Propaganda Pakatan Rakyat selama ini sehinggakan blatant-lie atau penipuan terang-terangan.

Bagaimanapun Malaysiakini memutar belitkan kenyataan tersebut kononnya Datuk Mohd Zaini berkata, pengamal media dibolehkan “memutar” fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak. Langkah itu adalah “serangan berhemah” kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN “dibicarakan” dalam ruang politik negara.

Ucapan Datuk Mohd Zaini telah disaksikan oleh ribuan peserta Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia, termasuklah eXception sendiri… Ternyata perangai wartawan Malaysiakini sebijik macam anjing… Sudah diberi makan… Sudah diberi minum… Sudah diberi masuk… Tapi masih lagi mahu menggigit…

Setelah menyedari laporan putar belit yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, Pengarah konvensyen itu, Mohammad Rafi Awang Kechik kemudian bertindak menghalau wartawan Malaysiakini itu… Wartawan tersebut segera lari meninggalkan majlis tersebut seperti anjing bercawat ekor kerana bimbang dihentak secara bergotong-royong…


Wartawan Utusan ajar ‘putar’ fakta

Nota: Nasib kau la… Kalo ko dah kena pegang ramai-ramai tadi, memang eXception akan tinggalkan kesan tapak kasut kat belakang ko tu… Sebagai kenangan abadi untuk pengajaran anak cucu ko nanti… Lu mau ka!!??