Benarkah Telur Tiruan Ada Di Malaysia??

Pada suatu ketika dulu kita pernah di gemparkan dengan isu Telur Tiruan di Malaysia. Banyak bloggers meng-update mengenai isu ini, isu telur tiruan ini sudah lama tersebar di China. Tapi apabila isu telur tiruan ini di gemparkan, ia mula di kaitkan dengan telur tiruan China.

itu sebagai mukadimah jer, nak di kongsi bersama pembaca blog ini, pada 30hb June 2012 lepas, saya mengikuti satu seminar usahawan. Di antara aktiviti tersebut adalah forum bersama dengan beberapa agensi kerajaan. Salah satu daripada agensi tersebut terlibat secara langsung dalam sesi terjah kes telur tiruan ini.

Menurut pegawai tersebut, telur tiruan di Malaysia bukanlah telur tiruan seperti didapati di China, tapi memang telur yang asli, kes telur tiruan ini di adu oleh salah seorang pembeli yang mendapati penampilan telur tersebut agak ganjil berbanding telur normal.

oleh kerana saya pun pernah update pasal telur tiruan di entry yang lepas, jadi forum isu ini amat menarik perhatian saya.

Menurut pegawai tersebut itu lagi, antara punca yang berpotensi mengakibat penampilan telur itu agak pelik kerana pengusaha reban ayam tersebut mengamalkan ‘Amalan Perladangan Baik’/ ‘Good Farming Practice’. Antara punca utama isu ini kerana najis ayam yang busuk mengakibatkan kawasan tidak bersih/ hygenic, maka pengusaha tersebut mengambil keputusan untuk sembur dan mencuci kawasan tersebut dengan bahan kimia secara kerap, untuk mengurangkan bau najis. Semakin kerap kerja, maka semakin tinggi kos pengurusan. Jadi, pengusaha mencuba lagi untuk mencampurkan makanan ayam tersebut dengan bahan kimis supaya ayam tersebut tidak membuang najis yang berbau busuk. So, kesan sampingan bahan kimia tersebut,, jadilah telur ayam yang pelik, ganjil. Telur ayam yang sangat low grade!

Jadi, telur ayam itu boleh di jual dengan gred rendah, murah dan perlu di labelkan bahawa ianya telur daripada cara pengusahaan yang di sebut tadi. Tapi, pengusaha berdegil kerana ia melibatkan kos yang lebih tinggi. jadi semuanya tidak berbaloi.

Sumber: Bongkar! Telur Tiruan ialah Telur Asli


Korang dah faham dengan penerangan di atas??

Baiklah di sini eXception nak tanya kat korang… Gambar pemilik telur di bawah ini adakah ianya TIRUAN atau ASLI??

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.