Tembak ‘Imam Mahadi’. Tindakan Polis Tepat!!

Tindakan Polis menembak lelaki yang mengaku dirinya sebagai ‘Imam Mahadi’ adalah satu tindakan yang tepat. Kerana itu sahaja langkah terakhir bagi mengelakkan orang awam menjadi mangsa amukan pasangan tersebut. Polis sudah cuba mengambil langkah diplomasi dengan memujuk pasangan tersebut, akan tetapi pasangan tersebut masih enggan menyerah diri.

Maka untuk mengelakkan pasangan tersebut menyerbu masuk ke dalam kompleks jabatan kerajaan dan menyerang kakitangan awam dengan pedang samurai yang mereka bawa, maka langkah terakhir ialah menembaknya. Apa akan jadi sekiranya Polis tidak mengambil tindakan. Nyawa kakitangan awam yang bertugas di kompleks Jabatan Perdana Menteri akan terancam. Mahukah kita lihat kakitangan berkerja di sana dan kemudian diserang dan dilibas dengan pedang samurai oleh pasangan ini tadi? Bagaimana jika kakitangan awam tersebut ialah anak kita? Suami kita? Isteri kita??

Inilah natijahnya apabila fanatik terhadap politik kepartian yang kononnya memperjuangkan Islam… Tetapi hakikatnya menjadikan Islam sebagai topeng melindung wajah syaitan yang sentiasa menghasut manusia melakukan perkara yang keji.

Tahniah kepada pasukan Polis kerana bertindak pantas. Nyawa kakitangan awam yang bertugas di Kompleks Jabatan Perdana Menteri terselamat kerana tindakan anda. Terima kasih tak terhingga…

Nota: Difahamkan lelaki tersebut telah meninggal dunia di hospital akibat kehilangan banyak darah disebabkan, malah hospital tidak mempunyai darah jenis BODOH… Hospital hanya mempunyai bekalan darah jenis A, B, AB dan O sahaja, tidak ada langsung simpan jenis darah BODOH ini… Semua salah UMNO… Takdir…. Nak tahu berita lanjut… Sila baca Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan NSTP… Jangan baca Harakah dan Malaysiakini sebab banyak putar belit fakta…

*Darah berjenis BODOH hanya banyak didapati kalangan pencacai tegar PAS sahaja… Tak percaya?? Pergilah check sendiri…

Advertisements