Serang JPM Pakai Pedang Samurai?? Hang Gila Ke Hape??

PUTRAJAYA 9 Jun – Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSAN


Hang gila ke hape?? Ke isim?? Hang nak pi serang JPM pakai pedang samurai, memang la hang cari penyakit… Bodo punya umat… Hang nak serang JPM sekalipun bawak le kereta kebal ke… Jet pejuang ke… Apache ke… Ni pakai pedang samurai jer… So…. Stupid laa…

Buat masa ni tak tahu lagi keadaan lelaki yang kena tembak tu… Ada yang kata dah KIOK… Ada yang kata cedera dan dirawat di hospital… Tapi yang pasti, kalau mati pun bukan MATI SYAHID… Pasal hang serang jabatan kerajaan… Yang kerja kat sana kakitangan awam… Kalau ada kakitangan awam yang cedera atau mati nanti, siapa yang akan dipersalahkan?? UMNO jugak!!??

Kepada pencacai taksub PAS… Len kali kalo nak serang bangunan kerajaan ke, hangpa pikir lima nam ploh kali no… Bukan apa… niat nak kejar MATI SYAHID… takut nanti MATI KATAK…