Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Kasi Besar!!

Masihkah korang ingat… Pada tahun 2008, PAS mendabik dada mengatakan ‘Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak’?? Sampai sekarang dua bijik kilang arak kat Selangor masih gagal ditutup oleh PAS…

Tetapi tahukah korang… PAS telah memungkiri janjinya… Malah pada tahun 2010, Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad telah menawarkan tapak yang lebih besar untuk Kilang Carlsberg di Selangor.

Sila rujuk artikel eXception terdahulu… Di sini: Kilang Carlsberg Akan Dipindahkan Ke Lokasi Yang Lebih Luas : Khalid Samad

Hari ni menjelang PRU 13… Pencacai PAS masih dok berbunyi lagi pasal kilang arak… Walhal dulu pemimpin PAS juga berjanji hendak menutupnya… Semua nak disalahkan UMNO… Walaupun pemimpin mereka sendiri yang gagal menutup kilang arak, pun salah UMNO…

Tapi ketahuilah dalam dok sibuk pencacai PAS bercakap soal kilang arak… Mereka tentu tak sedar bahawa, Kerajaan Kelantan juga MELULUSKAN LESEN PENJUALAN ARAK.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.” – kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.

Semalam pula hangat diperkatakan bahawa terdapat promosi arak RM 99.99 untuk satu karton Carlsberg di The Store Taman Sri Petaling…

Seperti biasa, pencacai PAS pula mengambil kesempatan untuk menjilat buntut DAP dengan menyalahkan UMNO atas penjualan arak di The Store Taman Sri Petaling… Sedangkan Taman Sri Petaling berada di dalam Parlimen Seputeh… Siapa Ahli Parlimen Seputeh?? Bukankah Teresa Kok si Kaifeng Jews??


Peta Parlimen Seputeh