Kerajaan Berkebajikan Atau Kerajaan Berkebanjingan??

Untuk melihat poster di atas dengan lebih jelas, sila klik imej di atas untuk memaparkan poster yang lebih besar…

Poster ini bertujuan untuk menjawa retorik poster Kerajaan Berkebajikan yang PAS tawarkan…

Hakikatnya… Apa yang PAS tawarkan… Hanyalah satu benda yang PAS langsung TAK PERNAH BUAT!!

Percaya atau tidak…

Jika PAS menawarkan Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, PAS sepatutnya menjawab isu ke mana hilangnya duit KOHILAL dan Tabung Memali. Adakah ini contoh AMANAH?? Adakah ini contoh BERSIH?? Mengapa PAS menyingkirkan Datuk Hassan Ali semata-mata kerana beliau mengetuai pemeriksaan terhadap program yang dianjurkan oleh gereja. ADILKAH PAS??

Jika PAS menawarkan Masyarakat Penyayang Aman dan Bersatu, PAS sepatutnya merenung balik insiden semasa Demonstrasi Bershit 3.0 yang mana ahli PAS membelasah anggota Polis. Penyayangkah ini? PAS sendiri menolak penyatuan semula PAS dan UMNO… Walaupun idea tersebut datangnya dari pemimpin PAS sendiri dan disambut baik oleh pemimpin UMNO.

Jika PAS menawarkan Ekonomi Yang Mampan Adil dan Saksama, PAS sepatutnya menyokong program KR1M, program TUKAR yang dilaksanakan kerajaan. PAS sepatutnya menyokong perniagaan milik orang Islam bukan mengambil kesempatan menjahanamkan perniagaan mereka semata-mata mahu membodek kaum cina. Malah PAS juga membantah penyenaraian Felda ke Bursa Saham akibat telunjuk DAP yang tidak mahu melayu lebih kaya dari mereka.

Jika PAS menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Cekap dan Berkualiti, PAS sepatutnya sudah membina sebuah hospital tanpa bantuan kerajaan di Kelantan. Yang menghairankan, mengapa Bob Lokman sakit dihantar ke hospital kerajaan? Mana hospital PAS?

Jika PAS menawarkan Kebajikan Langsung Menyeluruh dan Mesra Rakyat, PAS sepatutnya sudah berkaya menghapuskan kadar kemiskinan di Kelantan. Tetapi tahap kemiskinan di Kelantan masih di tahap yang sama, tidak ada peningkatan. Yang meningkat cuma harta milik pemimpin PAS.

Jika PAS menawarkan Belia, Pekerja Yang Produktif Berdaya Saing dan Terbela, PAS sepatutnya berjaya menghapuskan penagihan dadah di Kelantan. PAS juga sepatutnya berjaya mengurangkan kadar penghidap HIV di Kelantan. PAS sepatutnya membela keluarga-keluarga miskin di Kelantan dan memberi bantuan persekolahan kepada remaja yang tidak berkemampuan.

Jika PAS menawarkan Kemudahan Prasarana Berkualiti Cekap dan Bertaraf Dunia, PAS sepatutnya sudah lama menaik taraf Stesen Bas Kota Bharu setaraf KL Sentral ataupun setaraf Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan. PAS sepatutnya mampu menaik taraf Lapangan Terbang Pengkalan Chepa setaraf KLIA. Tapi yang menaik taraf lapangan terbang tersebut adalah kerajaan persekutuan.

Jika PAS menawarkan Alam Sekitar Segar Terpelihara dan Harmoni, PAS sepatutnya mengurangkan aktiviti pembalakan di Kelantan dan Kedah. Akan tetapi pembalakan di Kelantan dan Kedah semakin lama semakin tidak terkawal. Malah ada bencana alam yang berlaku seperti tanah runtuh, banjir lumpur disebabkan kerakusan PAS melakukan pembalakan.

Jika PAS menawarkan Keluarga Bahagia, Harmoni dan Bermoral, PAS sepatutnya meneropong kalangan pemimpin PAS sendiri yang terdiri dari kalangan mereka yang tidak bermoral kerana terlibat dengan zina. Malah PAS juga menyokong Anwar Ibrahim yang juga terlibat dalam salah laku moral iaitu kes liwat dan skandal dengan China Doll. Malah keluarga Anwar juga berantakan apabila skandal lamanya dengan isteri Azmin Ali semakin hangat diperkatakan.

Jika PAS menawarkan Pendidikan Berkualiti dan Berdaya Saing, PAS sepatutnya menyokong pembinaan SAR di Perak. Tetapi PAS membantahnya pula. Malah SAR kendalian PAS mempunyai banyak masalah dan ada yang ditutup.

PAS tidak perlu menabur seribu satu janji jika apa yang ada dalam Kerajaan Negeri sendiri PAS tak mampu nak laksanakan… Jika PAS memberi alasan faktor kewangan menjadi punca, PAS sepatutnya renung kembali berapa banyakkah bantuan Kerajaan Persekutuan salurkan. Berapa banyakkah hutang lapuk Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan, malah Kerajaan Persekutuan sedikit pun tidak mengungkit perihal hutang tersebut. Kini PAS sibuk meminta-minta royalti minyak dari Kerajaan Persekutuan sedangkan hutang pun tak mahu bayar. Apa kes?

Nota: Di mana hukum hudud?? Kenapa tidak ada dalam agenda PAS ni?? Mana tawaran untuk Agama Islam?? Kenapa ianya hilang?? Mampukah PAS mempertahankan Islam sebagai Agama rasmi Malaysia?? Atau sanggup menggugurkannya demi DAP??