Johor Mahu Menjadi Negeri Pertama Laksana Hudud??

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud “sebenar” — yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

“Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam),” katanya.

Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

‘Sokong Umno kalau ikhlas’

Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud – satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.

Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

“Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama),” katanya.

Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.

Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam

“Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah,” katanya.

Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan. – MBIKINI

eXception tak pasti samaada berita yang disampaikan oleh MBIKINI ni betul atau sekadar satu rekayasa untuk mempermainkan sentimen kemarahan orang bukan Islam terhadap UMNO…

Sudah puas eXception cuba Google maklumat berita di atas dengan harapan portal berita lain ada menyiarkannya, tetapi menghairankan… Hanya Mbikini sahaja yang laporkan berita ini…

Apapun… Jika benar kenyataan Datuk Ayub Rahmat itu, eXception sambut baik jika Johor mahu melaksanakan terlebih dahulu bagi menguji sejauh mana keberkesanannya dan ketelusan mereka yang melaksanakan undang-undang Allah ini… eXception tidak mahu pelaksana undang-undang Allah ini melaksanakan hukuman atas dasar dendam, disogok, dipengaruhi oleh individu lain atau hanya bersandarkan saksi palsu…

Tapi ada perkara yang melucukan ialah ada komen dari puak PAS yang kononnya BIJAK sangat dalam agama… Antara komentar mereka termasuklah….



sesat ADUN kemelah sesat barat.

hudud hanya terpakai ke atas orang Islam. orang bukan Islam wajib kah solat? syarat wajib solat pertama ialah Islam.

orang kafir tidak wajib solat puasa dan segala ibadah, mengapa perlu tertakluk kepada hudud?

hanya orang yang percaya kepada rukun Iman dan rukun Islam automatik tertakluk kepada hukuman hudud.


KAKAKAKAKAKA…… SUDAH LA WOOIIII..!!! HIPOKRIT TAHIK KUCING….. BILA PAS NAK BUAT HUDUD…. BERJELA2 BANTAH…. YG BEST TU, PUAK2 MELAYU UMNO YG MENYALAK PAGI PETANG SIANG MALAM, MELEBIHI DARI ORG CINA & INDIA….


Md Shukri, Najib kata Hudud tak sesuai nak buat di Malaysia, Mahader kata Hudud takda dalam Quran… Jika hudud takda dalam quran, macam mana Johor nak buat Hudud? hehehe


statement nak dapat publisti menjelang pilihanraya….kikikikki…….cuma teringin gak nak tahu….kalo keluarga diraja johor pun termasuk sekali ke dalam undang undang ni?…kekekekkek……


Macam itulah puak-puak PAS menyambut cadangan perlaksanaan hudud di Johor… Lihatlah bagaimana wajah sebenar mereka setelah topeng ‘ISLAM’ ditanggalkan… Sepatutnya mereka perlu menyambut baik dengan cadangan tersebut… Tetapi… Cadangan tersebut diperlekehkan… Inilah Islam cara PAS…

Yang menghairankan, tak seorang pun pencacai PAS mengulas kenyataan Hj Hadi Awang yang menyatakan hudud adalah 0.001% dari Islam… Sungguh menghairankan ya?? Sedangkan Nik Aziz, tak mampu nak laksanakannya di Kelantan, kemudian menyalahkan Tun Dr Mahathir… Selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan… Hingga hari ini Nik Aziz gagal melaksanakannya walaupun Datuk Seri Najib sudah memberikan lampu hijau.

Satu lagi perkara yang memelikkan… Hudud hanya terpakai untuk ORANG ISLAM SAHAJAKAH?? Bukankah hudud itu terpakai untuk semua umat manusia?? Tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit, pangkat, harta dan rupa?? Inilah puak PAS yang mendabik dada mengata diri mereka lebih ISLAMIK… Tapi ilmu Islam hanya sebesar kuku jari sahaja dalam otak… Na’uzubillah…

Sumber Diragui: ADUN Umno cadang Johor laksana hudud