Gempar!! Ambiga Ditemui Mati Dibunuh!!??


Gambar sekadar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan berita di bawah

KUALA LUMPUR: Seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Nazri Nawawi berkata ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai P Yoga Ambiga, 27, baru pulang dari kerja di sebuah bank di Medan Pasar pada jam 10.15 malam.

“Mangsa diserang oleh suspek yang dipercayai lebih daripada seorang. Mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan hangus akibat dibakar,” katanya kepada Bernama.

Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa pulang dari kerja.

“Barang-barang berharga milik mangsa seperti dompet dan telefon bimbit masih berada pada mangsa dan kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan cemburu,” katanya.

Katanya polis masih menyiasat bahan yang digunakan oleh suspek untuk membakar mangsa.

Mangsa menetap di rumah itu bersama kakaknya sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, seorang saksi kejadian itu yang hanya ingin dikenali sebagai Efa, 32, yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di rumahnya sebelum terdengar bunyi bising dan suara orang menjerit di luar rumahnya.

“Saya dengar bunyi orang menjerit dua kali sahaja dan kira-kira 10 minit selepas itu saya buka pintu saya tengok ada seorang wanita berada dalam keadaan tertiarap dan seluruh badannya hangus terbakar.

“Dalam masa itu juga ada jiran lain yang datang untuk padamkan api,” katanya.

Efa berkata kejadian itu berlaku begitu pantas kerana selepas 10 minit kemudian mangsa sudah tidak bernyawa dan kejadian itu tidak disedari kakak mangsa yang berada di dalam rumah memandangkan kakaknya itu pekak dan bisu.

“Saya rasa mangsa mungkin dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar kerana itu jeritan suaranya hanya kedengaran sayup sahaja,” katanya.

Katanya sebelum kejadian itu, terdapat jiran yang melihat kelibat orang luar di kawasan sekitar apartmen sejak jam 7.30 malam. – Bernama


Pencacai Pakatan Nok Harom jangan marah ye… Puteri Balqis PAS… Masih belum mati lagi… Nyawanya masih dipanjangkan oleh Allah kerana mahu seluruh umat Islam terus menyaksikan kerja kotornya itu… Allah mahu seluruh umat Islam di Malaysia kembali sedar permainan jahat Ambiga…

Advertisements