Dr Abd Rani Osman Berdakwah Dalam Majlis DAP… Ramai Cybertrooper BN Butthurt??

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman

eXception salute kepada Dr Abd Rani Osman kerana berjaya melakukan dakwah dalam Majlis Makan Malam DAP pada tahun lepas. Perkara ini sengaja digembar-gemburkan oleh cybertrooper BN dek kerana berasa malu dengan cara dakwah Dr Abd Rani yang PALING WORLD!! SEKALI!!… Barangkali pemimpin BN terutama sekali Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani melakukan seperti Dr Abd Rani lakukan…

“YB Dr Abd Rani bin Osman selaku Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor membaca petikan dari ayat Al-Quran dan terjemahannya dalam satu majlis Makan Malam anjuran DAP yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang.”

“Majlis itu turut dihadiri oleh YB Tony Phua, YB Teng Chang Kim, YB Teo Ni Ching, YB Gobind Singh dan YB Lau Weng San .”

“Dr Rani menjelaskan bahawa unjuran untuk berbaik-baik dan saling hormat menghormati antara berbagai bangsa dan kaum walau berbeza agama telah lama termaktub didalam Kitab Suci Al-Quran tetapi tidak langsung didedahkan oleh pimpinan umno selama ini kepada MCA atau MIC.”

eXception berbangga pendekatan dakwah Dr Abd Rani yang berbeza cara dakwah sebenar Rasulullah SAW…

Orang seperti Dr Abd Rani ni jika bilangannya mencapai 50% populasi penduduk dunia ini, nescaya… HANCURLAH ISLAM…

eXception berbangga kerana, PAS satu-satunya kalangan umat Islam di Malaysia yang sanggup menggadaikan maruah Al-Quran…

eXception berbangga kerana masih ada pencacai PAS yang BUTA HATI dengan perjuangan PAS yang sudah terpesong dari matlamat asal ke matlamat menghalalkan cara…

Bukan eXception sorang sahaja yang bangga, malah DAP pun bangga apabila Al-Quran dicemari oleh orang Islam sendiri… Tak perlu bersusah payah nak rosakkan Al-Quran… Cukup sekadar merosakkan MARUAH Al-Quran…

Mungkin Dr Abd Rani dipuji oleh kalangan ahli DAP, kerana berani mencemarkan maruah Al-Quran dalam Majlis Makan Malam yang ada dihidangkan ARAK?

Al-Quran di baca dalam majlis yang menghidangkan arak??

Mungkin Dr Abd Rani kembang-kempis hidungnya kerana dipuji melambung-lambung oleh DAP, tanpa dia sedar DAP sebenarnya berterima kasih kepada beliau kerana berjaya melakukan tugas YANG GAGAL MEREKA LAKUKAN… Iaitu MEROSAKKAN MARUAH AL-QURAN…

Jika di Amerika Syarikat maruah Al-Quran diinjak-injak oleh golongan kafir, malah ada yang sanggup membakarnya… Tetapi kini, umat Islam sendiri yang menginjak-injak maruah Al-Quran… Apa sudah jadi?? Demi undi… Islam digadai…

Dr Abd Rani berbangga apabila berjaya mencemar maruah Al-Quran dalam majlis minum arak DAP

Apapun… Terbaekkklah Dr Rani!! Anda berjaya lakukan perkara yang Datuk Seri Najib tak berani nak buat!! Take Beer!!

Sumber: MEMBACA AYAT AL-QURAN DALAM MAJLIS MAKAN MALAM DAP