Kemenangan Malaysia Dalam Perlawanan Persahabatan Dengan Singapura

Tahniah eXception ucapkan kepada pasukan bola sepak negara yang mempamerkan aksi yang amat cemerlang pada malam ini. Ternyata dendaman kontroversi yang ditanggung semasa perlawanan pertama di Singapura berjaya dilunaskan malam tadi… Serta sekalung tahniah kepada jurulatih, K-Rajagobal…

Pada perlawanan separuh masa kedua walaupun Malaysia sudah mendahului 2-0, akan tetapi pasukan negara masih ghairah memburu gol melalui beberapa percubaan yang mencemaskan pasukan Singapura…

Ternyata Singapura tidak segagah mana… Hanya mengharapkan kudrat pemain dari luar serta pengadil yang telah disuap kenyang-kenyang… Tanpa pengadil yang menyebelahi mereka, Singapura diibaratkan seekor Singa yang tempang kakinya…

Kepada pasukan Singapura, diharap menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Ini sebagai membalas insiden memalukan yang berlaku pada perlawanan sebelum ini… Diharap selepas ini bermainlah dengan adil…