SPRM Tutup Kes Shahrizat… Kes Azmin Dibuka Semula…

Apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam kes membabitkan syarikat milik suami beliau NFCorp dan kes tersebut ditutup, Rafizi Ramli adalah orang yang paling berduka cita kerana hajat beliau untuk memfitnah Ketua Pergerakan Wanita tersebut tidak berjaya.

Apa yang terjadi sebaliknya ialah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah membuka semula kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikatakan mempunyai harta melebihi pendapatan sekitar tahun 1995.

Azmin yang dikatakan pada ketika itu memiliki rumah, kereta dan aset bernilai lebih dari satu juta Ringgit Malaysia, selain itu beliau juga dikatakan mempunyai wang tunai serta cek bernilai sepuluh juta Ringgit Malaysia.

Rafizi yang juga adalah Pengarah Strategi PKR kali ini tersalah strategi dalam usaha untuk menjatuhkan bekas senator tersebut, tapi Allah maha kaya, setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan dan begitu juga dengan keburukan, ianya pasti akan dibalas dengan keburukan.

Keburukan yang Sangkakala maksudkan disini ialah, Rafizi memfitnah Shahrizat dan kini Shahrizat didapati tidak bersalah dan kini apa yang terjadi ialah Azmin Ali pula yang akan didakwa semula oleh SPRM.

Dalam keadaan ini Rafizi sudah pasti akan di maki hamun oleh Azmin kerana kebodohannya membuka pekong yang akhirnya membawa kepada siasatan semula kes beliau dan turut sama akan diheret oleh SPRM, sudah pastilah Anwar Ibrahim, jadi pengarah strategi ini boleh dikatakan gagal dalam menjalankan tugas yang diberi oleh ketua pembangkang tersebut.

Sumber: SANGKALAJARI9: AZMIN ALI MAKI HAMUN RAFIZI RAMLI