Wasotiyah Najib VS Wasotiyah Nik Aziz

Gambar di atas tersebar di dalam Facebook yang menunjukkan aksi penyanyi K-POP dari Korea iaitu Dal Shabet yang memakai pakaian agak menjolok mata dan ketat… Mereka beraksi sebagai artis jemputan semasa Himpunan Sejuta Belia 2012 baru-baru ini… Sepatutnya Putrajaya sebagai tuan rumah, perlu menasihati Dal Shabet supaya memakai baju kurung dan bertudung semasa melakukan persembahan…

Putrajaya perlu mencontohi artis-artis Kelantan yang penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan… Artis-artis Kelantan tersangat sopan berbanding dengan Dal Shabet yang kita sedia maklum yang mereka ini semua bukan Islam… eXception harap pada sambutan Hari Belia tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan perlu menjemput artis-artis Kelantan pula beraksi di atas pentas… Nama-nama mereka memang tak asing lagi… Sebut sahaja Rosalinda, Elyana, Wanie, Erna, Erma serta Ain… Semua orang pakat kenal belaka… Dibandingkan dengan Dal Shabet yang bukan Islam, mereka lebih bersopan dan melambangkan budaya sebenar Islam PAS…

Lihatlah gambar-gambar dari video klip artis-artis ni… Cukup hebat… Inilah artis Kelantan hasil asuhan Tok Guru Nik Aziz sejak dari PASTI lagi… Maka lahirlah artis yang ‘cukup bersopan’ ini…