Mufti Lapuk VS Ulamak Kulapuk : Mana Lebih Berbahaya??


Kenyataannya disifatkan sebagai ‘lapuk’ hanya kerana pandangannya tidak memihak kepada perjuangan PAS

Kenyataan Nik Aziz yang mendakwa padangan dan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria disifatkan sebagai ‘lapuk’ jelas menunjukkan PAS hanya memuji mana-mana individu yang menyokong perjuangan PAS tak kira samaada ianya lari ataupun terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Jika sebelum ini PAS beriya-iya memuji Tan Sri Harussani apabila timbul isu ‘ancak’ yang melibatkan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir… Kemudian menggelarkan Tan Sri Harussani sebagai ‘HARAMSANI’ apabila menyelar perjuangan PAS yang terpesong dari Islam…

Apapun, kenyataan lapuk ke… Mufti lapuk ke… Tak kiralah apa yang juak PAS nak katakan pada Tan Sri Harussani, eXception sentiasa menyokong Tan Sri Harussani. Jika hendak dibandingkan dengan Mufti Lapuk, ada bagusnya… Bak kata orang, semakin tua santan, semakin banyak lemaknya… Maksud eXception, semakin meningkat usia kita, maka semakin banyak pengetahuan yang kita ada. Manakala Nik Aziz pula wajar digelarkan sebagai ULAMAK KULAPUK…

Kenapa eXception menggelarkan sedemikian… Sudah resam sifat kulapuk, semakin matang dia menyebarkan spora kulapuk ke tempat lain dan menjangkiti perumah dan merosakkannya… Sebagai contoh roti… Apabila dijangkiti kulapuk, roti sudah menjadi hijau dan rosak, kemudian spora kulapuk akan menjangkiti roti lain dan merosakkannya… Macam Nik Aziz la… Bila berceramah dia meracun dan merosakkan permikiran orang ramai yang mendengar ceramahnya, supaya membenci orang yang tidak menyokong perjuangan PAS…