Isu Mansuh Hutang PTPTN Ramai Membuktikan Mahasiswa Malaysia Singkat Akal

eXception yakin ramai mahasiswa yang BUTTHURT dengan tajuk di atas…. Ya memang patut korang BUTTHURT sebab namanya sahaja MAHASISWA, tapi otak standard budak taska… Semua nak free… Hutang PTPTN pun nak mintak burn… Hape punya musibat la korang ni…

PTPTN boleh hapuskan hutang korang dan dijadikan sebagai biasiswa tetapi BERSYARAT!!! Syaratnya ialah korang MESTI mendapatkan keputusan CEMERLANG!! Bukan keputusan CUKUP MAKAN… Atau keputusan ALA KADAR!! Jika memenuhi syarat…. Sudah tentu PTPTN sudi menghapuskan hutang korang dan dijadikan sebagai biasiswa…

Tetapi… Ramai mahasiswa yang standard otak tahap keldai… Yang exam namblas kali fail… Repeat semester dekat lima-nam kali… Pun nak tumpang sekaki mintak mansuhkan hutang… Banyak cantik muka lu!! Kalau standard mahasiswa macam ni la… Takde kualiti… Buat hape aku nak bagi biasiswa… BUAT NGABIHKAN BOGHEH!!!

Ramai mahasiswa fail dalam matematik, sebab mereka hanya mengira hutang diorang sorang je… Diorang tak ambil pusing langsung hutang-hutang PTPTN berpuluh ribu, mungkin berjuta-juta mahasiswa lain… Bayangkan jika seorang sahaja dah berhutang dalam belas hingga puluhan ribu ringgit… Cuba darab dengan 50 ribu orang mahasiswa… Itu baru 50 ribu mahasiswa… Tak termasuk lagi graduan yang berhutang, kira-kira hampir sejuta orang… Berapa billion tu!!

Maknanya kerajaan perlu menaikkan cukai jika mahu mengikut kehendak mahasiswa yang sewel ni… eXception harap rakyat Malaysia tak marahkan kerajaan jika segala jenis cukai dinaikkan… Hanya semata-mata nak bagi education PERCUMA kat mahasiswa-mahasiswa ni… Kalo dalam 50 ribu orang mahasiswa yang keluar 50 ribu yang berkualiti tak mengapa juga… Tapi yang keluar hanya 10 ribu sahaja yang ada kualiti, manakala sebahagian lagi tahap tong sampah… dan sebahagian lagi… tahap asalkan boleh…

Tetapi jika mahasiswa naaaaakkk jugak hutang piutang korang dimansuhkan… Takde masalah, tetapi dengan syarat…

1) Apabila diterima berkerja, korang tak boleh menerima sebarang gaji… Sebab majikan korang terpaksa mendermakan keseluruhan gaji korang ke dalam tabung PTPTN….

2) Jika diterima berkerja di jabatan kerajaan sekalipun, jangan diberi gaji… Anggap gaji tersebut sebagai derma untuk rolling tabung PTPTN…. Supaya generasi akan datang boleh menyambung pelajaran…

3) Mana-mana mahasiswa yang masih berhutang dan sehingga kini tidak dapat pekerjaan, anda akan diserap masuk ke sektor-sektor pembinaan bagi menggantikan tenaga buruh Indonesia… Tetapi korang takkan menikmati gaji, sebab gaji korang akan didermakan ke dalam tabung PTPTN untuk rolling duit dlm PTPTN…

4) Mana-mana mahasiswi yang tidak mendapat tempat dalam pekerjaan, korang akan diserap masuk ke sektor amah ataupun sektor pembersihan sebagai cleaner… Tetapi korang takkan menikmati gaji, sebab gaji korang akan didermakan ke dalam tabung PTPTN untuk rolling duit dlm PTPTN…

5) Ataupun mahasiswa dengan paksaan perlu membenarkan RM 200.00 dari gaji setiap bulan dipotong untuk didermakan ke dalam tabung PTPTN seumur hidup…

Bagaimana… Mahukah menerima cadangan di atas?? Tak setuju?? Apsal tak setuju pula!!?? Itulah cadangan paling BIJAKSANA yang aku pernah buat… At least anak-anak eXception nanti terjamin la pelajaran diorang apabila ada graduan yang bermurah hati (dalam terpaksa) mendermakan duit gaji untuk tabung PTPTN…

Cadangan di atas adalah satu langkah selamat bagi menyelamatkan rakyat Malaysia dari menanggung kenaikan cukai hanya semata-mata duit yang ada dalam kantung kerajaan digunakan untuk membiayai mahasiswa…

Maka dengan cadangan di atas… Rakyat Malaysia tak perlu lagi risau….

1) Kenaikan cukai pendapatan
2) Kenaikan cukai pintu
3) Kenaikan cukai perniagaan
4) Kenaikan cukai perkhidmatan
5) Kenaikan cukai dari produk import
6) Kenaikan cukai kenderaan
7) Tempoh konsesi tol diteruskan sampai bila-bila

Di sini eXception nak ingatkan bahawa PTPTN adalah sebuah Perbadanan… Bukan fully government funded organization… Bermakna apabila kerajaan memperuntukkan RM 10 billion dalam tabung PTPTN, maka PTPTN perlu menguruskan sendiri tabung tersebut dan mengutip hutang-piutang… Jika tidak, tabung di dalam PTPTN akan kekeringan… Sebuah Perbadanan perlu menguruskan kewangan sendiri, maka gaji mereka bukan dibayar oleh Kementerian Kewangan tetapi Perbadanan itu sendiri…

Jangan samakan PTPTN dengan jabatan kerajaan, jauh berbeza antara dua entiti ini… Berbeza dari segi corak pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan.

Akhir kalam dari eXception, suka sekali disampaikan pesanan di bawah….

ADAT BERGURU KEPALANG AJAR…. ADAT BERHUTANG KENALAH BAYAR!!!

Tiada yang percuma dalam dunia ni bai… Nyawa kita juga dipinjamkan Allah… Dunia juga Allah pinjamkan kat kita… Kehidupan kita sekarang ini juga dipinjamkan Allah…

Kepada mahasiswa dan graduan di luar sana… Jangan butthurt yaa?? Ada otak pakai… Ada akal pakai… Ada bijak jangan kasi gadai… Percaya kat Anwar, korang cuba gadaikan masa depan negara kita ni…

Cheguman pula juga ada sesuatu yang ingin disampaikan di sini: Isu PTPTN tolong sebarkan