Antara Perkara Yang Mungkin Berlaku Jika PR Berjaya Menawan Putrajaya

Sewa kuarters kakitangan kerajaan akan naik sebanyak 50-70%. PR Selangor telah menaikkan sewa pangsapuri PPRT di Selangor dari RM 150.00 semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional kepada RM 250.00. Anda fikir perkara ini mustahil?? Tidak ada yang mustahil…

Malah ada juga penyewa yang dihalau dari rumah yang disewanya seperti menghalau anjing… Mahukah anda dihalau seperti anjing?

Bukan itu sahaja…

Sewa premis-premis perniagaan di Putrajaya juga akan naik sebanyak 100%-200%. Seperti mana yang berlaku di Selangor yang mana sewa premis di Kompleks PKNS naik sebanyak 100%!!

Selain itu… Masalah berkaitan kutipan sampah juga akan berlaku seperti yang terjadi di Selangor yang mana kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Selangor bagi menggantikan Alam Flora gagal menjalankan tanggungjawabnya… Mahukah anda lihat keadaan tempat pembuangan sampah di kediaman anda seperti di bawah ini? Mahukah anda menghidu bau busuk sampah setiap kali membuka tingkap?

Sejak Selangor ditadbir PR… Banyak perkhidmatan bas dihentikan… Ianya juga berlaku di Kedah… Jika ini boleh berlaku apabila dua negeri ini ditadbir oleh mereka, tak mustahil ianya boleh berlaku di Putrajaya… Hanya ada dua kemungkinan… Samaada perkhidmatan bas Nadi Putra dihentikan atau tambang bas dinaikkan dari 50 sen ke RM 2.00.

Sistem paip air di negeri tadbiran Pakatan Rakyat sering bermasalah… Jika di Selangor kerap berlaku gangguan bekalan air… Puncanya ialah kerana loji air yang ada di Selangor tidak mampu menampung permintaan tinggi. Ini disebabkan keengganan Kerajaan Selangor melepaskan projek baru penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dek kerana kebijaksanaan kononnya rakyat Selangor masih boleh menggunakan air lombong atau air Sungai Kelang…

Malah di Kelantan pula lain pula ceritanya… Setelah lebih 20 tahun mentadbir Kelantan, kualiti air paip di Kelantan amat mendukacitakan… Kualiti air adakalanya macam teh tarik… adakalanya macam kopi tarik… Tak hairanlah jika perkara ini boleh berlaku di Putrajaya kelak apabila PR berjaya menawan Putrajaya…

Buat masa ini Putrajaya masih terselamat dari gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Kelang kerana Putrajaya mempunyai Loji Pembersihan Air Sungai Langat…

Jika anda mahu memangkah PR pada PRU 13 nanti… Fikir-fikirkanlah sebelum memangkah… Silap pangkah… Anda sendiri merana…