Ringkasan Intipati Belanjawan 2012

Berikut adalah ringkasan pembentangan belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib semalam… Apa yang eXception boleh kata… Syukur alhamdulillah… Ada kenaikan gaji kakitangan awam serta bonus setengah bulan gaji…

1. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam ditingkatkan mengikut gred antara RM 80 – RM 320.

2. Tambahan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam minimum RM 500. Akan dibayar bulan Disember 2011.

3. Pelarasan pencen pesara sebanyak 2 peratus bermula 2013 serta bayaran khas sebanyak RM 500.

4. Melanjutkan usia persaraan kakitangan awam kepada 60 tahun.

5. Pemansuhan yuran tambahan sekolah bermula tahun 2012, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.

6. Peruntukan RM1 bilion yang diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan juga boleh membantu sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman untuk membaiki infrastruktur yang sedia ada.

7. Pemberian sumbangan RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis khas, polis tambahan, duda dan balu mereka yang semuanya berjumlah 62,000 orang.

8. Pengecualian golongan warga emas daripada membayar caj pendaftaran pesakit luar di hospital atau klinik kerajaan.

9. Pemberian suntikan Human Papilloma Virus (HPV) percuma kepada kaum wanita.

10. Melanjutkan pengecualian duti import dan duti eksais bagi kenderaan hibrid/elektrik.

11. Skim Amanah Rakyat Malaysia untuk isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.

12. Peruntukkan RM400 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan Felda yang terpilih.

13. Bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

14. Peruntukan khas sebanyak RM 200j dan RM 442j untuk menaik taraf perkhidmatan dan perbelanjaan pembangunan PDRM.

15. Peruntukkan RM500 juta di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

16. Insentif sebanyak RM 50j untuk pesara tentera menceburi bidang perniagaan.

17. Meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

18. Langkah mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barang, kerajaan akan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara, membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia, memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara dan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM 2 bagi sarapan pagi dan RM 4 bagi makan tengah hari.

19 Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM 1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan, bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RNM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM 150 hingga RM 300 sebulan.

20. Penambah baikkan Skim Rumah Pertamaku, kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM 220,000 kepada RM 400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.

21. Kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.

22. Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan membina lebih 75,000 unit rumah mampu milik di bawah RMK10. Bagi tahun 2012, RM 443 juta diperuntukan bagi membina hampir 8,000 unit PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki.

23. Peruntukkan RM15 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM 1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, melibatkan pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital Putrajaya. Kerajaan juga akan menambah baik 81 klinik kesihatan luar bandar di seluruh negara dan membuka 50 klinik 1Malaysia.

24. Peruntukan sebanyak RM 350j untuk menaiktaraf perkhidmatan dan penambahan bangunan baru untuk Hospitak Kuala Lumpur.

25. Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak RM 600 sebulan berkuat kuasa 1 September 2011 serta kenaikan elaun on-call semalaman antara RM 30 hingga RM 80 berkuat kuasa pada tarikh yang sama, khusus untuk pegawai perubatan dan doktor.

26. Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

27. Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik, pemansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian, pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012. Pemberian bantuan RM 3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM 1,000 akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.

Itu sahaja yang termampu eXception catatkan, selebihnya korang boleh rujuk dalam akhbar Harakah atau Suara Keadilan… Ha ha ha ha ha… Ye lah… Takkan nak baca Utusan kot? Korang jugak kata Utusan ni fitnah… Jadi carilah paper yang eXception sebutkan tu… Kalo ada…

– Sumber: Utusan Malaysia (Paper yang korang kata banyak buat fitnah tu)

P/S: Kepada rakan-rakan kakitangan awam yang lebih cenderung kepada pembangkang, anda diminta meletakkan jawatan anda seberapa segera dan sila isi borang untuk jawatan kosong kerajaan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang… Itupun kalo ada… Selagi korang masih berada dalam kerajaan dan pada masa yang sama menyokong pembangkang… Anda layak digelar…. ANJING!!! Sebab kebiasaan perangai ANJING yang akan menggigit tangan tuannya yang memberikannya makan… Jika korang tak nak digelar sebegitu, elok letak la jawatan ya?