Fitnah Dengan Cara Manipulasi Muka Depan Akhbar

Hari ini eXception hendak tunjukkan kepada pengunjung blog ini dan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana salah satu cara anjing-anjing kurap Pakatan Rakyat melakukan fitnah… Iaitu dengan memanipulasi muka depan akhbar… Kita ambil contoh manipulasi seperti yang dilakukan terhadap muka hadapan akhbar Utusan Malaysia di bawah ini.


Klik Gambar Untuk Besarkan

Korang rasa susah ke nak manipulasi akhbar Utusan Malaysia ni? Bagi eXception ianya sangat dan tersangatlah mudah… Mula-mula kita masuk laman web Utusan Malaysia Online… di http://www.utusan.com.my. Dibahagian atas sebelah kiri di bawah tajuk E-PAPER, kita boleh lihat screenshot muka hadapan akhbar Utusan Malaysia… Ianya boleh dilihat di sini

Sekarang eXception akan berlagak seperti seorang blogger Pakatan Rakyat dengan menimbulkan cerita fitnah dan memburuk-burukkan nama UMNO… Hanya menggunakan Microsoft Paint dan Adobe Photoshop, maka terhasillah akhbar Utusan Malaysia yang telah diubah seperti di bawah…


Klik Gambar Untuk Besarkan

Akhbar di atas merupakan contoh manipulasi yang dilakukan bertujuan untuk memfitnah Kerajaan Barisan Nasional, Perdana Menteri Malaysia dan UMNO. Biasanya yang melakukan perkara ini ialah kalangan anjing-anjing Pakatan Rakyat… Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia di atas asalnya adalah seperti dibawah…


Klik Gambar Untuk Besarkan

Tujuan fitnah ini satu sahaja, iaitu mahu rakyat membencikan kepimpinan kerajaan sekarang lebih-lebih lagi apabila PRU 13 semakin hampir. Ianya adalah dibuat atas arahan bos mereka yang mahu divert isu liwat dan video skandal seks Anwar Ibrahim supaya rakyat mengalihkan perhatian kepada isu lain. Kerana mereka tahu bahawa ‘RAKYAT MALAYSIA MUDAH PERCAYAKAN FITNAH’…

P/S: Apa yang eXception tunjukkan ini adalah sekadar panduan kepada semua rakyat Malaysia supaya menilai satu-satu berita yang diterima dan dibaca sebelum mempercayainya… Manipulasi muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang dibuat eXception tidak berniat jahat, hanya sebagai contoh… Harap maklum…

Advertisements