Benarkah Rakyat Malaysia Sukakan Cerita Yang Disensasikan??

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah lama disajikan dengan cerita-cerita bersifat sensasi melalui gosip-gosip artis… Maka tak hairanlah rancangan seperti Melodi sentiasa mendapat sambutan… Malah di dalam arena politik juga tidak kurangnya dengan cerita-cerita yang sengaja disensasikan untuk tujuan fitnah…

Kebanyakan artikel di dalam blog PR banyak cerita-cerita yang sengaja disensasikan bagi tujuan menimbulkan fitnah… Ada antara cerita sengaja ditokok tambah dan sengaja diada-adakan supaya pembaca merasakan ianya benar-benar berlaku… Selain dari cerita, ada juga gambar yang sengaja ditokok tambah untuk menimbulkan fitnah… Bagi mereka, fitnah ini sudah menjadi mainan… Ibarat sehari tak makan nasi rasa tak lengkap, begitu juga dengan fitnah… Sehari tak fitnah rasa tak sempurna blog…

Salah satu contoh ialah akhbar Harakah yang menyiarkan gambar Umi Hafilda menunjukkan isyarat lucah. Sebenarnya gambar asal tidak sebegitu kemudian sengaja ditokok untuk mengaibkan Umi Hafilda… eXception pernah mengeluarkan artikel berkaitan fitnah Harakah itu di bawah tajuk: Harakah Memang Macam Haramjadah. Bagaimanapun gambar tersebut cepat-cepat dipadam oleh Harakah kerana terkantoi… Akan tetapi bukti tersebut masih boleh diperolehi dari blog ini: Ummi Hafilda Barua bUMNgOk Macam Ezam

Selain di atas, satu lagi fitnah yang sengaja disensasikan sejak dulu… Iaitu penglibatan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam pembunuhan Altantuya… Walaupun Datuk Seri Najib sendiri telah membuat sumpah laknat mengatakan beliau tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat dalam pembunuhan model Mongolia itu, anjing-anjing upahan Anwar masih tetap menyerang Datuk Seri Najib dengan fitnah tersebut hingga ramai rakyat Malaysia percaya cerita itu… Dan berkemungkinan anda yang membaca blog eXception ini juga merupakan salah satu mangsa yang percayakan fitnah tersebut… Rakan seperjuangan eXception, Paneh Miang telah menjawab fitnah tersebut dengan berfakta… Sila baca artikel Paneh Miang ini: Altantuya: PM jawab FITNAH

Malah gambar superimpose kononnya Datuk Seri Najib makan malam bersama Altantuya dan Razak Baginda juga sengaja disebarkan… Hakikatnya ianya jelas palsu, tetapi ramai kalangan rakyat Malaysia percaya…

Belum habis fitnah terhadap Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah pula menjadi mangsa… Habis dijaja cerita Datin Seri Rosmah beli cincin 24 juta dari luar negara dan dihantar melalui pos… Aduhai… Pulak tu ditokok tambah fitnah kononnya Datin Seri Rosmah mengaku cincin tersebut dibeli hasil dari menabung sejak kecil… Kelakar sungguh…

Aku tak fahamlah kenapa Datin Seri Rosmah difitnah macam-macam seolah-olah beliau seorang yang sangat jahat… Mungkin beliau seorang pemakan budak… Mungkin beliau banyak sangat keluar paper… Maka dicop JAHAT… Apapun… Fitnah tersebut telah dibongkar… Sila baca artikel di dalam blog House PK: Datin Seri Rosmah Difitnah

Mengapa Datin Seri Rosmah difitnah? Mengapa beliau dianggap sebagai liabiliti Datuk Seri Najib? Ini semua taktik kotor PR meracuni pemikiran rakyat… Kerana Datin Seri Rosmah banyak membuat kerja bersifat kebajikan seperti program Permata, Bakti dan banyak lagi… eXception bukan hendak mengampu, malah sesen pun eXception tidak dapat dari Datin Seri Rosmah jika eXception berniat mengampu beliau… Jika benar Datin Seri Rosmah ini jahat, sudah lama Chegu Bard disumbatkan ke dalam penjara… Pasti ramai yang memfitnah Datin Seri Rosmah disumbatkan ke dalam penjara… Tetapi Datin Seri Rosmah sedikit pun tidak menggunakan pengaruh sebagai Isteri Perdana Menteri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang memfitnahnya…

Antara fitnah yang sering menjadi bualan ialah perbelanjaan Datin Seri Rosmah mencecah billion ringgit semasa membeli-belah di luar negara… Wah.. dahsyat… Tetapi malang… Fitnah tersebut tak disertakan bukti seperti resit pembelian atau penyata kad kredit… Ianya hanya berserta air liur anjing-anjing PR… Itupun ramai pakat percaya?? Kalau ditunjukkan gambar-gambar Datin Seri Rosmah membeli-belah di luar negara sambil membawa beg penuh dengan wang berkepuk-kepuk, mau jugak eXception percaya… Itupun jika gambar tersebut tulen… Bukan superimpose…

Bagi anjing-anjing PR pula… Mereka sedaya upaya mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu video seks dengan amoi China… Mereka mengeluarkan bermacam-macam teori mengatakan video tersebut palsu, sedangkan pakar dari luar negara sahkan video tersebut adalah tulen… Mereka menuduh ianya konspirasi UMNO… Mereka menganggap Anwar menjadi mangsa fitnah… Ramai pakat percaya Anwar jadi mangsa fitnah… Tahniah diucapkan kepada anjing-anjing PR kerana berjaya meracuni pemikiran rakyat Malaysia… Anda berjaya menabur seberapa banyak fitnah dan berjaya membuatkan ramai rakyat Malaysia percayakan fitnah…

Kepada rakyat Malaysia yang terpengaruh kepada fitnah ini, diharap korang semua beristighfar dan bertaubat… Kepada yang masih berpegang pada fitnah ini dan tetap mempercayainya, semoga Allah memberikan petunjuk kepada korang… Amin…