Allahyarham Noramfaizul Wira Negara… Adakah Mat Sabu Akan Mempertikaikannya Nanti?

MOGADISHU 3 Sept. — “Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” menurut wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air, esok.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

”Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

”Kejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.

”Saya mendengar dua das tembakan diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.

”Keadaan menjadi begitu kelam-kabut dan saya melihat Noramfaizul yang rebah telah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu,” katanya.

Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

”Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu,” katanya. — BERNAMA


Keberanian Allahyarham Noramfaizul, jurukamera Bernama yang mengikuti misi kemanusiaan ke Somalia wajar dibanggakan. Sedangkan ketika para pemimpin pembangkang dok melaungkan jihad dalam ceramah fitnahnya, seorang pun tak seberani macam Allahyarham Noramfaizul yang sanggup mengambil risiko ke Somalia negara yang sedang mengalami pergolakan… Mereka hanya tau mengkritik dan mencaci misi kemanusiaan ke Somalia tanpa segan-silu, sedangkan mereka sepatutnya di caci-maki kerana BACUL… Mereka sendiri tak berani hendak ke Somalia… Apa lagi menjadi sukarelawan…

Adakah Mat Sabu sekali lagi akan mempertikaikan kewajaran Allahyarham Noramfaizul diberi gelaran Wira Negara seperti mana dia mempertikaikan gelaran pejuang negara kepada anggota Polis yang terkorban dalam serangan awal subuh di Bukit Kepong? Sedangkan Mat Sabu sendiri BACUL kerana tak berani menjadi sukarela misi kemanusiaan ke Somalia…

Ikuti kisah sebenar yang dicatatkan oleh Blogger Papa Gomo yang turut serta dalam misi kemanusiaan tersebut… Sesungguhnya eXception berasa malu kepada Papa Gomo kerana hanya menyiarkan cerita ini berdasarkan berita diperolehi bukan berdasarkan pengalaman sendiri seperti Papa Gomo… Apapun tahniah kepada Papa Gomo kerana menjayakan misi kemanusiaan ini dan pulang dengan selamat…

Live From Mogadishu Somalia – Real Story About Bernama Reporter Killed In Mogadishu

Pengajaran kepada rakyat Malaysia… Somalia bergolak kerana perang saudara… Pembunuhan semakin menjadi-jadi di sana dan seolah-olah ianya satu perkara yang dihalalkan… Mahukah kita melihat negara Malaysia yang aman dan damai seperti yang kita kecapi sekarang berubah warna? Adakah kita mahu melihat Malaysia berubah seperti Somalia? Sanggupkah kita melihat anak-cucu kita nanti menjadi seperti gambar di bawah?

Advertisements