Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54


Image Courtesy Perpustakaan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara Malaysia

Di sini eXception ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung blog ini serta rakan-rakan seperjuangan yang berada di mana-mana sahaja.

eXception juga ingin mengambil kesempatan ini juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54…

Kepada yang berhari-raya di kampung halaman… eXception mengucapkan selamat berhari raya dengan keluarga yang tercinta… Bagi yang tidak dapat pulang demi kerana tugas… bersabarlah… eXception juga tidak dapat pulang ke Pahang tahun ni, demi kerana tugas… Terpaksa beraya seorang diri tanpa isteri di sisi… Apapun eXception teguhkan semangat demi tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan…

Kepada remaja-remaja sekelian, berhati-hatilah ketika bermain mercun… Semoga jari-jemari kita yang dianugerahkan sempurna oleh Allah menjadi cacat akibat kelalaian sendiri… eXception malas hendak menegah, kerana sudah lumrah sikap remaja zaman sekarang sukar menerima teguran orang lain. Hanya apabila sudah terkena barulah insaf, itupun setelah hilang jari…