Al-Juburi Enggan Menjawab Soalan Wartawan

Al-Juburi yang sememangnya terkenal dengan kaki spin, sedaya upaya cuba mengelak soalan cepu emas yang dikemukakan oleh wartawan iaitu soalan berkaitan jam tangan omeganya dan jarak masa kehilangannya di dalam Facebook dan Tweeter… Kenapa takut nak jawab? Dah terkantoi? Al-Juburi akan cuba spin isu ini dan menyalahkan orang lain… Beliau takkan sesekali mengaku… Mati hidup balik, lepas tu mati hidup balik… mati lagi, hidup balik…. Belum tentu dia nak mengaku…

Ibarat satu pepatah, Gagak Jika Dimandikan Sepuluh Kali Sehari Pun Takkan Luntur Hitamnya…


Gambar Sekadar Hiasan

Wartawan 1: Ke mana Datuk Seri menghilang antara jam 9.20 malam sehingga jam 11.38 malam, 21 Februari yang lalu?

Wartawan 2: Beritahu kami jika benar jam tangan omega yang dipegang oleh Datuk T itu Datuk Seri punya?

Wartawan 3: Adakah patut Datuk Seri desak Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja?

Al-Juburi: Kalau you all tengok dalam video tu, lelaki dalam klip video tu bukan I, perut I tak buncit macam tu. (cuba nak spin isu)

Wartawan 4: Tapi Datuk Seri tak tengok lagi klip video tu kan. Camne Datuk Seri tahu bukan Datuk Seri?

Al-Juburi: I pasti ini adalah konspirasi jahat oleh Najib (Datuk Seri Najib) untuk menjatuhkan karier I (nak spin lagi)

Wartawan 3: Adakah Datuk Seri berani bersumpah laknat mengatakan lelaki dalam klip video tersebut bukan Datuk Seri?

Al-Juburi: I percaya jam omega tersebut telah dicuri oleh orang upahan Rosmah (Datin Seri Rosmah) dari rumah I (nak spin lagi le tu)

Wartawan 1: Datuk Seri, soalan saya masih belum di jawab lagi?

Al-Juburi: Ya, nanti I akan meminta rekyat semua melakukan solat hajat bagi menangkis fitnah ini.

Wartawan 2: Datuk Seri, tolong jangan spin isu… Kami mahu kenyataan… Bukan spin…

Al-Juburi: You shut up!! You wartawan mana RTM? Utusan? You all semua sama sahaja!! I tak percaya dengan you all!!

Wartawan 1: Saya wartawan TV Selangor… Bukan wartawan RTM, Datuk Seri…

Wartawan 2: Saya wartawan Sinar Harian…

Al-Juburi: Ahhh…. Wartawan sama sahaja…!! Semua penipu!! I Tak percaya!!

Al-kisahnya, begitulah agaknya apabila wartawan cuba mendapatkan jawapan dari Al-Juburi dan jawapan yang diterima bukan jawapan sebenar, tetapi spin issue… Tak habis-habis nak spin… Kenapa Al-Jub?? Takooooooottttt???

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah…