Laporan Banjir Di Kedah Hari Ini 7 November 2010

Berikut adalah ramalan cuaca bagi negeri Kedah dalam masa 7 hari… (klik gambar untuk besarkan)

Di bawah ini adalah senarai laluan darat yang masih ditutupi untuk semua kenderaan… (klik gambar untuk besarkan)

Berikut adalah kenyataan akhbar dari Jabatan Meteorologi berhubung cuaca bagi Perlis, Kedah dan Terengganu pada 7 NOvember 2010


Keadaan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai dari semasa ke semasa masih dijangka berlaku di Perlis dan utara Kedah pada sebelah malam dan awal pagi. Bagaimanapun, lebih banyak hujan dijangkakan berlaku pada Isnin petang dan malam (8 November 2010) terutamanya di kawasan pedalaman dan dijangka berterusan sehingga Selasa (9 November 2010). Namun keadaan ini tidak akan memburukkan lagi keadaan banjir yang berlaku di negeri-negeri tersebut.

Negeri Kelantan dan Terengganu pula dijangka mendung dan hujan berserta ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam sehingga Selasa (9 November 2010)

Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
12.15 tengah hari

Berikut adalah ramalan air pasang surut di perairan Kedah, sila perhatikan bahagian yang bertanda bulat yang menunjukkan air pasang dijangka tinggi. Jika disertakan dengan hujan lebat, kemungkinan banjir akan berulang….

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, aku jangka banjir di Kedah dan Perlis akan kembali. Di nasihatkan kepada semua penduduk di kawasan yang mengalami banjir agar berjaga-jaga dan patuhi arahan pasukan keselamatan sekiranya di arahkan berpindah.

Sila pastikan anak-anak anda berada di dalam rumah dan jangan biarkan mereka bermain air banjir di luar kerana kita tidak tahu padah yang bakal menimpa. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, takde gunanya….

Kapal Karam Sink Walia melaporkan…

Kredit: Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Meteorologi

Advertisements