Ansari Jatuh Ke Dalam Laut Lagi!!?? Kah Kah Kah…


ANSARI Abdullah ditarik oleh seorang penyokongnya setelah terjatuh apabila titi yang dinaikinya runtuh ketika berkempen di Kampung Gas, Sandakan, semalam.

SANDAKAN 29 Okt. – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah sekali lagi terjatuh ke dalam laut selepas laluan kayu menghubungkan ke sebuah rumah penduduk yang dilaluinya roboh di Kampung Gas di sini hari ini.

Turut terjatuh dalam insiden di kampung air itu ialah tiga lagi individu yang merupakan penyokong PKR.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu memaksa Ansari mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan ringan di dada dan kaki akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira tiga meter.

Ini adalah kali kedua Ketua Cabang PKR Tuaran itu terjatuh ke dalam laut sejak memulakan kempen Selasa lalu.

Rabu lalu, Ansari dan dua individu termasuk wartawan penyiaran terjatuh ke dalam laut selepas jeti kayu yang dilalui mereka roboh di Pulau Api-Api.

Penyelaras media pilihan raya PKR, Sim Tze Tzin berkata, semasa kejadian Ansari berjalan di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun katanya, Khalid sempat memasuki rumah penduduk berkenaan sebelum jambatan tersebut runtuh.

Katanya, Ansari yang agak trauma selepas kejadian itu menyalahkan kerajaan BN yang didakwa gagal menyediakan kemudahan yang baik kepada penduduk kampung.


Kah kah kah kah… Apa punya bebal la Ansari ni. Sendiri yang jatuh laut lepas tu salahkan BN… Kah kah kah… Bak kata pepatah ‘Bila Langkah Menjadi Sumbang Disalahkan Lantai Yang Bergoyang’…

Selama ni titian tu ok sahaja bila digunakan oleh penduduk, tiba-tiba sahaja apabila Ansari meniti titian tersebut, ianya roboh… Adakah ini petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada Ansari dan penduduk Batu Sapi? Petunjuk bahawa calon yang dua kali jatuh ke dalam laut ini sememangnya suwey… Dua kali maa jatuh laut… Tak suwey ke nama tu? Kah kah kah kah… Ansari, elok ko balik rumah mandi air bunga la…

Apapun Ansari, hentikanlah menuding jari atas kesalahan orang lain, mungkin nko tu berat dengan dosa agaknya sampai titi tu boleh roboh…

Advertisements