Susulan Penyebaran Gambar Dan Akaun Facebook Kononnya Milik Ahli Puteri UMNO

Di atas inilah antara gambar-gambar yang didedahkan kononnya merupakan seorang ahli Puteri UMNO, entah kan ye, entah kan tidak… Kononnya nama samaran pemilik akaun Facebook ini ialah Ann Syikiro, yang peliknya, aku cuba cari dalam Facebook, takde pulak jumpa nama Ann Syikiro ni.

Gambar-gambar ni aku perolehi dari blog pembangkang. Biasalah pembangkang, hal Khalid Gereja nak besarkan kilang arak tak nak lak diheboh-hebohkan. Ini antara blog yang menyiarkan cerita panas ini:

Puteri Umno Bangga Minum Arak
Siapa Dapat Selamatkan Puteri Umno Ini!

Di bawah ini adalah sebahagian lagi gambar-gambar yang mendakwa pemilik akaun facebook ini ialah ahli UMNO…

Bagi aku, bukti ini masih belum kukuh untuk menunjukkan pemilik akaun facebook ini ialah ahli Puteri UMNO. Zaman moden ni manusia boleh reka macam-macam untuk memfitnah orang. Setakat akaun facebook palsu, tak susah pun nak buat, cuma daftar satu akaun facebook baru, pastu letak la Political View, Puteri UMNO. Letak gambar-gambar awek seksi minum arak, pastu ajak member ramai-ramai masuk kutuk, konon nak bg nampak mcm real.

Kepada pemfitnah tegar kalangan blogger anjing (blogger pembangkang), rentikanlah kerja bodoh ni. Aku cabar korang semua, supaya beri aku nombor keahlian UMNO pemilik akaun facebook di atas dalam tempoh 7 hari dari sekarang. Jika dalam masa 7 hari masih belum ada yang mampu tunjukkan bukti paling kukuh, iaitu nombor keahlian UMNO pemilik facebook tersebut. Maka tak salahlah aku gelarkan korang semua, blogger-blogger pembangkang sebagai ANJING!! Sebab perangai anjing tak kira benda tu najis ke tak ke, dia tetap hidu dan jilat… Memang selayaknya digelarkan sebagai ANJING…

Di atas ini merupakan kad keahlian UMNO. Setiap ahli UMNO mempunyai nombor keahlian, seperti yang dibulatkan. Apapun, berhati-hatilah membaca sebarang berita, kerana percaya akan fitnah, ibarat memakan daging saudara sendiri… Na’uzzubillah…