Harga Petrol Naik 5 Sen. Sokongan Rakyat Terhadap BN Dijangka Akan Menurun?

Sewaktu dunia belum pulih dari kelembapan ekonomi. Sewaktu rakyat Malaysia masih belum ada yang melepasi garis kemiskinan. Sewaktu gaji kakitangan awam masih lagi berada ditahap cukup makan. Sewaktu peniaga-peniaga tamak menaikkan harga barangan sesuka hati. Dan pada ketika itulah DS Najib mengumumkan sesuatu yang bakal memberi implikasi terhadap sokongan rakyat terhadap beliau.

Pengumuman tentang kenaikan harga petrol, gula dan gas memasak sedikit-sebanyak berjaya membuatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib yang mulanya semakin meningkat dijangka akan mula merosot.

Walaupun kenaikan harga petrol hanya 5 sen, tetapi ianya tetap memberi kesan terutamanya terhadap rakyat yang masih belum keluar dari belenggu kemiskinan. Sepatutnya sewaktu ini DS Najib perlu membantu rakyat keluar dari garis kemiskinan. Akan tetapi ketika rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang, kekurangan bekalan gula dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Malah dengan kadar gaji kakitangan awam yang masih belum cukup untuk menampung keperluan kos sara hidup yang semakin tinggi. Maka keputusan DS Najib dijangkakan pasti akan memberi kesan terhadap sokongan rakyat terhadap beliau. Isu ini pastinya akan dimainkan dan diputarkan oleh pembangkang untuk menghentam DS Najib. Sama-sama kita nantikan…