Aku hampir tergelak apabila membaca artikel dalam blog ini: http://idhamlim.blogspot.com yang menyiarkan kenyataan Tok Garu mengatakan UMNO sesat… Beriktu adalah antara kenyataan-kenyataan yang kononnya menyokong dakwaan UMNO sesat yang aku petik dari blog tsb…

Petikan Dari Blog Tsb:

Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

eXception Balas:

Apakah ada dalil dalam Al-Quran yang mengatakan Islam ni boleh dicampur aduk dengan hal keduniaan? Adakah ada nas atau hadis mengatakan hal-ehwal Agama Islam boleh dicampur aduk dengan hak keduniaan? Sedangkan di dalam Masjid kita ditegah membicarakan hal keduniaan? Bukankah Allah sendiri telah berfirman bahawa dunia ini adalah hiasan hidup, akhirat nanti adalah kekal dan abadi… Apakah Tok Garu menyangka Islam ini serupa ABC ataupun rojak yang boleh dicampur aduk ditokok tambah mengikut selera sendiri? Jika benar pendirian PAS terhadap Islam sedemikian, maka siapakah yang SESAT di sini?

Petikan Dari Blog Tsb:

Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

eXception Balas:

Kenyataan ini jelas Tok Garu cuba memutar-belit kenyataan… Siapakah sebenarnya yang enggan bermuzakarah dengan UMNO? Bukankah Tok Garu sendiri yang menentang idea tersebut sehingga memulaukan Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasha? Siapakah yang beriya-iya ingin bermuzakarah dengan UMNO? PAS atau UMNO? Bukankah PAS yang beriya-iya dan kemudian UMNO hanya membuka pintu jalan perdamaian, tetapi Tok Garu juga yang menghalangnya? Ikhlaskah Pakatan Rakyat mahu mengukuhkan Islam, sedangkan kalimah Allah boleh dipermainkan?

Petikan Dari Blog Tsb:

Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

eXception Balas:

Mengapa PAS takut mengaku bahawa sememangnya parti itu boneka DAP? Kenapa PAS tak mahu akui yang DAP adalah parti dominan dalam PR dan PAS hanya tukang basuh kaki DAP? Antara isu yang jelas menunjukkan PAS benar-benar menjilat buntut DAP ialah, menghina Sultan Perak, menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Herald dan termasuklah menyokong bukan Islam membaca Al-Quran dengan tajwid yang lintang-pukang dan caca-marba….

Petikan Dari Blog Tsb:

Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

eXception Balas:

Apa kejayaan PAS capai bersama PR? Adakah kerana kemenangan PRU yang lepas? Sedarlah kemenangan PAS dlm PRU yang lepas adalah kerana undi protes dan undi dari puak-puak DAP juga… Apakah yang dibanggakan sangat dengan pemimpin DAP membaca Al-Quran dengan tajwid lintang pukang dan hanya mencacatkan ayat suci itu sahaja. Adakah kejayaaan menghina qalam Allah dengan membenarkan kafir membacanya tanpa diberi tunjuk ajar tajwid yang sempurna sebagai perkara yang harus dibanggakan?

Jadi jika semua perkara di atas Tok Garu nak mengatakan UMNO sesat, sila cermin muka anda terlebih dahulu… Diulangi…. SILA CERMIN MUKA ANDA TERLEBIH DAHULU!!! Aku sungguh malu apabila ada umat Islam dikalangan Parti Ajaran Sesat ini berbangga apabila berjaya meranapkan Islam, berbangga apabila berjaya menghina Al-Quran dan berbangga apabila berjaya menghina kalimah Allah…

Inikah PAS yang anda bangga? Jika PAS mengata UMNO sesat. Aku lebih suka mengatakan PAS 1000 kali lebih sesat!!