Aku betul-betul sakit hati bila ramai anak-anak melayu moden yang diresapi pemikiran liberal mempersoalkan adat berkabung selepas kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Aku tak faham apa yang merasuk dalam fikiran budak-budak ini sekarang. Adakah ini hasil didikan mak bapak diorang? Jika benar ini hasil didikan mak bapak diorang, aku percaya si Tanggang moden akan muncul lagi…

Budak-budak hingusan ni mungkin tak pernah terdidik dengan tatasusila dan kesopanan. Malah langsung tak terdidik untuk menghormati sesama manusia. Aku tak kisahlah jika dia tak dapat terima adat berkabung tu. tapi janganlah terlalu angkuh hingga memaparkan dalam Facebook. Kononnya bangga la sangat bila dapat menyuarakan tak puas hati. Setakat diam sahaja dah cukup. Tak perlu suarakannya. Jika silap langkah maka, Polis akan menjamput anda ke balai. Time tu lah nko akan terkencing-kencing dalam seluar kena soal-siasat…

Adat berkabung bukan paksaan tetapi pilihan. Tak nak buat takpe. Jika musykil bercanggah dengan agama, abaikan sahaja. Duduk rumah diam-diam bukak tv… Jangan nak heboh-heboh bahawa akulah yang anti adat ni… Akulah yang tak suka adat ni. Akulah tak suka itu dan ini… Bila dah terlajak perbuatan, nak undur masa balik adalah mustahil… Time tu menjawab la nko dengan Polis… Nak menangis dan melalak pun tak guna dah… Sebab tak guna otak dulu sebelum melakukan sesuatu. Allah anugerahkan akal dan fikiran supaya manusia fikirkan baik dan buruk sesuatu tindakan sebelum melakukannya.

Aku nak tengok la nanti, bila mak bapak mangkuk hayun ni mampos, sorang pun tak sudi nak membantu menguruskan jenazah mak bapak dia… Dosa ini bukan dosa sesiapa, tetapi dosa mak bapak sendiri yang tak pandai mendidik anak-anak. Mungkin sewaktu di sekolah budak-budak ni antara pelajar-pelajar yang bermasalah. Pelajar yang bermasalah sukar menerima didikan oleh guru ibarat masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan… Itulah jika terlalu manjakan anak, sampaikan cikgu pun dilempang kerana cikgu tersebut cuba mendidik anak-anak. Jika susah sangat, tak perlu hantar anak-anak ke sekolah… Cikgu pun takkan kena lempang. Cikgu pun sakit hati dengan perangai pelajar-pelajar sekolah yang makin lama makin liar. Payah untuk diajar…

Apapun aku terpaksa mendedahkan nama malaun-malaun ni… Supaya menjadi pengajaran buat semua orang supaya ingat akan satu peribahasa yang berbunyi:

Kerana Pulut Santan Binasa
Kerana Mulut Badan Binasa

Ingatlah, Allah berikan kita akal supaya berfikir baik dan buruknya sesuatu tindakan yang akan kita lakukan nanti…

Apapun nama malaun ini ialah Shahrul Reezwan, nama baik tapi hati hitam legam… Mungkin budak hingusan ni sering didedahkan cerita-cerita fitnah… Kata orang bila selalu dengar cerita fitnah dan percayakannya, hati kita akan tertutup dari menerima kebenaran… Segala kebenaran didepan mata dikatanya penipuan dan lakonan…

Di bawah ini dalah kenyataan Shahrul Reezwan yang jelas menghina Almarhum Sultan Johor.

Di bawah ini gambar mangkuk hayun bernama Shahrul Reezwan. Dek kerana takut, profil dalam Facebooknya telah diubah dan segala perbualan yang lepas-lepas berkaitan penghinaannya terhadap Almarhum telah dipadamkan. Tau takut…

(Klik gambar untuk besarkan)

Selain Shahrul Reezwan, terdapat sorang lagi budak hingusan bernama Mohd Amzar, nama je sedap. Tapi perangai macam babi… Lihatlah kenyataan dikeluarkannya…

(Klik gambar untuk besarkan)

Kesimpulannya, mak bapak sekelian. Didiklah anak-anak anda dengan betul. Jangan biarkan anda merana di kemudian hari apabila anak-anak anda tidak lagi menghormati anda. Malah jangan menangis bila anda dibuang oleh anak-anak anda apabila tua nanti… Didiklah anak-anak anda supaya menghormati orang lain…