Persatuan Perahu Naga Pulau Pinang (PDBA) mendakwa pernah menasihatkan kerajaan Pulau Pinang agar tidak menganjurkan latihan atau perlumbaan perahu naga di kawasan laut terbuka kerana ia berbahaya tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Presiden persatuan itu, Lim Chew Hock berkata, nasihat itu pernah disampaikan oleh beliau kepada Anggota Exco Kerajaan Negeri Danny Law Heng Kiang tetapi nasihat itu bafgai mencurah air ke daun keladi. Malah pandangan persatuan tidak diambil peduli.



“Nasihat dan cadangan itu ditolak dengan alasan saya bukan ahli jawatankuasa Penang International Dragon Boat Festival dan tidak berhak memberi apa-apa cadangan ataupun nasihat kepada penganjur,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

Lim mendakwa laut terbuka tidak sesuai dijadikan tempat latihan mahupun pertandingan perlumbaan perahu naga kerana ia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan mempunyai pelbagai risiko seperti ombak besar, arus deras, pasang surut air dan keadaan cuaca semasa.

Ahad lalu, seorang guru dan lima pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling lemas apabila perahu naga yang dinaiki terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum.

Mereka adalah antara 18 pendayung kelab sekolah itu yang akan menyertai Lumba Perahu Antarabangsa Pulau Pinang pada Julai ini.

12 pelajar lain berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan dibantu oleh bot-bot berhampiran di tempat kejadian.



Subsidi kelab sekolah dikurangkan

Lim berkata sejak pakatan pembangkang yang diterajui oleh DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, pusat latihan di Tanjong Tokong telah dipindahkan ke perairan Jeti Nelayan Bandar Seri Pinang iaitu satu kilometer dari tempat kejadian perahu naga terbalik itu.

Katanya kerajan negeri sekarang juga telah mengurangkan subsidi kepada kelab sekolah yang menyertai perlumbaan perahu naga daripada RM2,000 kepada RM1,000 sahaja dan disebabkan pengurangan peruntukan itu, ia menyukarkan kelab sekolah untuk berlatih di pusat kegiatan air yang dikenakan bayaran.

Persatuan itu menggesa kerajaan negeri mengenakan syarat keselamatan yang ketat sebelum memberi kelulusan kepada mana-mana kelab yang menyertai perlumbaan perahu naga.

Lim berkata syarat keselamatan itu haruslah merangkumi pengambilan jurulatih yang berpengalaman, pemilihan lokasi, kelengkapan latihan dan latihan berenang.

-Bernama

Lim Guan Eng sewajarnya dipersalahkan. Sikap ego dan angkuhnya memakan nyawa ramai pelajar. Nasihat yang diberi oleh orang yang levih arif ditolaknya mentah-mentah. Inikah sikap sebenar seorang kononnya mengaku ‘Khalifah’? Ini bukan khalifah… Ini namanya SAMPAH!! Kepada kaum keluarga pelajar yang terkorban dalam tragedi ini, aku ucapkan takziah.

Aku mencadangkan agar keluarga mangsa-mangsa tragedi ini membuat laporang Polis serta menyaman Lim Guan Eng. Tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan khas untuk menyiasat insiden ini. Aku percaya Lim Guan Eng akan terus lari terkincit-kincit lepas ni… Aku juga percaya Lim Guang Eng akan menyalahkan orang lain… Malah dia juga akan menyalahkan ombak dengan menjerit-jerit ‘OMBAK JAHAT!!’

Ha ha ha ha, kita saksikan sahaja drama Lim Guan Eng lepas ni yea??

Advertisements