Dr. Mahathir terima Anugerah Keamanan Global

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima Anugerah Keamanan Global daripada Yayasan Ramadhan iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari United Kingdom.

Anugerah berkenaan disampaikan bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada masyarakat Islam selain inisiatif memperjuangkan keamanan di peringkat global.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Ramadhan, Muhammad Umar pada Majlis Makan Malam Anugerah Gala Konvensyen Antarabangsa Uniti Muslim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Selain Dr. Mahathir, yayasan berkenaan turut memberikan anugerah kepada Yayasan Al-Bukhary untuk khidmat kepada ummah dan Allahyarham Ubaidulla Kadir Basha untuk khidmat beliau dalam bidang kemanusiaan dan pencapaian seumur hidup.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir menyeru supaya semua umat Islam mengetepikan perbezaan dan bersatu-padu demi keamanan sejagat.

Tahniah diucapkan buat Che Det kerana dianugerahkan dengan Anugerah Keamanan Global. Sememangnya Che Det layak mendapat anugerah tersebut kerana sepanjang beliau menjadi PM dan sepanjang persaraan beliau. Che Det tak henti-henti menyelar tindakan zalim Amerika dan Zionis.

Semoga dengan anugerah yang diterima ini makin membakar semangat Che Det untuk terus mengkritik dan menyelar dasar zalim Amerika dan Israel. Semoga Allah memberi rahmat dan rezeki yang melimpah-ruah kepada Ayahanda Che Det…. Amin….

Advertisements