Siapa tidak kenal akan Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Selain itu dia juga terkenal dengan sikap bongkak dan angkuhnya. Dulu dia pernah mencipta kontreversi apabila menempelak Tun Dr Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan merangkap bekas bos kepada Nazri sendiri. Pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi (PM Malaysia ke 5) menghadapi pelbagai kritikan dari Tun Dr Mahathir dari segi corak kepimpinan Tun Abdullah yang kurang tegas dan terlalu berlembut. Kemudian Nazri (mungkin hendak membodek Tun Abdullah atau mungkin membodek Kery Jamban) menempelak pula Tun Dr Mahathir melalui kenyataannya di media masa.

Sikap bongkak dan angkuk Nazri makin terserlah apabila menggelarkan perkhidmatan teksi tak ubah seperti JAMBAN atau TANDAS. Perkara ini telah menaikkan kemarahan pemandu-pemandu teksi dengan kenyataan Nazri yang berkait rapat dengan aduan pelancong asing kebanyakan teksi mengenakan tambang yang tinggi. Bukan semua perkhidmatan teksi begitu, tetapi Nazri secara umumnya menggelar perkhidmatan teksi tak ubah seperti TANDAS atau JAMBAN.

Baru-baru ini Nazri mengkritik sekali lagi Tun Dr Mahathir dengan menggelarkan negarawan negara tersebut sebagai BAPA PERKAUMAN. Malah Nazri juga enggan meminta maaf setelah didesak oleh TPM dan PM sendiri. Keceluparan Nazri sememangnya menyakitkan hati semua rakyat Malaysia.

Kemudian tidak lama selepas itu beliau menyelar pula Ahli-Ahli Parlimen yang gagal hadir ke pembentangan bajet yang mencetuskan kontraversi apabila BN hampir tumbang apabila majoriti (dikalangan pembangkang) tidak menyokong bajet yang dibentangkan oleh kerajaan.

Apapun kebiadapan Nazri ini semakin ketara apabila dia mengatakan ahli UMNO BODOH!! Sila baca transkrip perbualan antara Nazri dengan Sang Nila Utama, Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia yang juga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah. Transkrip tersebut boleh dibaca di sini.

Apapun sekelian blogger dan ahli UMNO yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib, menuntut agar Datuk Seri Najib melucutkan jawatan Menteri yang disandang oleh Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz, serta jawatan-jawatan pentingnya di dalam UMNO. Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz tidak sepatutnya terus berada di dalam UMNO dan kami ahli-ahli UMNO juga tidak mahu mukanya terus berada di dalam UMNO. Maka sebaiknya pecat terus Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz darti UMNO dan Barisan Nasional. Kami tidak memerlukan Menteri yang sebegini bongkak dan angkuh.