Azmin, isteri, ipar didakwa beli saham bernilai

SHAH ALAM 13 Nov. – Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an.

Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.

Vickneswaran mendakwa, dokumen itu diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di rumahnya di Kota Kemuning pada pukul 3 pagi, semalam.

Katanya, kesemua dokumen itu hanya dibuka di sebelah pagi iaitu semasa bersarapan.

“Setelah diteliti saya mendapati dokumen itu melibatkan urusan peruntukan unit-unit saham, pembelian saham dan jumlah kemasukan wang dalam akaun-akaun yang melibatkan tiga individu.

“Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Wah banyak betul duit nko ya? Mana agaknya dia dapat duit sebanyak itu? Awal 1990 an ketika itu Al-Juburi masih berada di dalam kabinet, sudah pastilah dia mendapat duit tersebut hasil dari menjual bininya kepada Al-Juburi… Kenapa tak percaya? Masih ingatkah korang pada skandal Al-Juburi dan Shamsida? Umi Halfida pernah mendedahkannya suatu masa dulu.