Guru baru kahwin liwat murid

JOHOR BAHRU: Seorang guru sekolah rendah berusia 27 tahun melakukan perbuatan jijik terhadap dua muridnya apabila menjadikan kanak-kanak berusia 12 tahun itu sebagai tempat pemuas nafsu songsang termasuk meliwat seorang daripada mereka.

Tindakan guru bersifat binatang itu terbongkar selepas bapa mangsa bertanyakan mengapa pelajar berkenaan tidak mahu mengikuti kelas tuisyen di rumah guru itu seperti biasa.

Bimbang dengan hukuman rotan bapa sendiri, pelajar terbabit akhirnya menceritakan kejadian sebenar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata kejadian dipercayai berlaku di rumah guru berkenaan di Tenggaroh Selatan 2, Kota Tinggi sejak Jun lalu dan berlarutan sehingga awal bulan ini.

Menurutnya, mangsa ke rumah guru berkenaan untuk mengikuti kelas tuisyen sebagai persediaan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama seorang lagi rakan.

“Namun minggu lalu, mangsa enggan mengikuti tuisyen seperti biasa sebaliknya berkeras mahu tinggal di rumah menyebabkan dia disoal bapanya,” katanya.

“Tidak tahan dimarahi, mangsa kejadian dia dan rakannya dipaksa melakukan seks oral manakala rakannya diliwat,” katanya.

Siasatan mendapati suspek berasal dari Muar, mengajar di sekolah mangsa dan baru melangsungkan perkahwinan Mac lalu.

Dia diminta hadir ke balai sebelum ditahan.

Aku percaya guru tersebut tidak bersalah! Guru tersebut pasti jadi mangsa konspirasi oleh Guru Besar dan ahli PIBG. Aku juga pasti budak itu juga telah dipaksa untuk melaporkan perkara yang tidak benar dan diberikan rasuah.

Kita harus turun ke jalanan dan melakukan rusuhan!! Kita harus membela guru ini! Dia tak bersalah, dia adalah mangsa konspirasi oleh Guru Besar yang mahu merosakkan kariernya. Polis dan juga akhbar yang melaporkan berita ini juga bersekongkol untuk menjatuhkan maruah guru ini.

Mana-mana individu dan bloggers yang menyokong mangsa dikira bersekongkol dalam mengaibkan peliwat dan menyebar fitnah terhadap peliwat dan keluarganya. Tindakan mereka adalah menentang keadilan.

Sebaliknya individu dan bloggers yang menyokong peliwat dan menghina mangsa liwat ialah wira keadilan menentang kezaliman. Kerana meliwat ialah hak asasi manusia.

Reformasi!! Reformasi!! Reformasi!!

Guru Besar harus undur!! PIBG harus bubar!! Sekolah tersebut harus ditutup!! Mangsa liwat sepatutnya disiasat oleh SPRM kerana menerima rasuah.

Kes ini perlu disiasat oleh Inkues Siasatan Suruhanjaya Di Raja!!