Ulang tayang drama bawah pokok

IPOH 26 Ogos – Pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sengaja mahu mengadakan ‘ulang tayang drama bawah pokok’ kerana berhasrat mengadakan ‘persidangan Dewan Undangan Negeri’ (DUN) pada 2 September ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan berkenaan yang jelas tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan tidak mempedulikan undang-undang dipercayai sengaja dirancang bagi mewujudkan suasana anarki atau kekacauan.

Beliau berkata, mereka juga mahu menggambarkan kepada dunia kononnya negeri ini berada dalam keadaan huru-hara jika tidak dibenarkan memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada tarikh berkenaan.

“Dia orang bukan peduli pun tentang perkenan sultan atau kesejahteraan rakyat, dia orang tak peduli itu semua. Apa yang mereka nak ialah bagaimana hendak wujudkan keadaan huru-hara dan tidak stabil.

“Mereka sengaja hendak tunjuk kononnya merekalah pilihan rakyat. Saya ingin tegaskan di sini mereka boleh buat tetapi kena ingat ‘pihak yang lagi satu tidak akan berdiam diri’.

“Mereka kena belajar daripada sejarah dan jangan main politik secara keterlaluan. Dewan bawah pokok dulu sudah tidak berjaya tetapi mahu ulang tayang balik, agaknya mahu dapatkan status box office,” katanya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas rancangan pakatan pembangkang mahu mengadakan persidangan DUN pada 2 September ini.

Hari ini, bekas Speaker DUN, V. Sivakumar menyaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim kerana menghalang wakil rakyat pakatan pembangkang untuk mengadakan persidangan DUN pada Mac lepas.

Pada 21 Ogos lalu, pakatan pembangkang juga telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.

Zambry menegaskan, tindakan pembangkang itu jelas sekali menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya mereka hingga sanggup mengambil langkah melampau untuk mencapai hasrat dan cita-citanya.

“Anda lihatlah sendiri bagaimana berkuasanya mereka. Mereka fikir kuasa itu berada di tangan mereka dan rasa merekalah tuan. Siapa mereka hendak arah-arahkan kita,” ujarnya.

Jelas beliau, kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yakin, Abd. Rahman telah menjalankan tugasnya dengan baik serta mengikut segala peraturan ditetapkan.

“Datuk SS (Abd. Rahman) merupakan kakitangan kerajaan yang profesional. Dulu pun Abd. Rahman pernah berkhidmat dengan pembangkang tetapi kenapa tidak dipertikaikan,” katanya.

-Utusan Malaysia

Hai Sivakuman ni tak habis-habis nak bawak kuman gila babinya itu supaya berjangkit macam kuman H1N1… Sudah-sudahlah tu Sivakuman, terimalah hakikat bahawa anda bukan Speaker DUN lagi. Sedarlah. Bangkitlah lagi angan-angan.

Toksah bikin kalut lagi. Perak dah aman sekarang. Tiada lagi onar dari Pakatan Rosak. Tiada lagi wayang dari Nijar Tri Star. Tiada lagi hasutan dari Ngeh Ngeh Ngeh dan Nga Nga Nga…