Wang palsu RM100 untuk undi BN


Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

“Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama “wang” berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi “tolong undi calon BN”.


“Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

“Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini,” katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

Ada sahaja taktik PR nak memburukkan BN, kali ini taktik yang pernah digunakan dalam pilihanraya lepas diulang semula. Iaitu menyogok duit palsu kepada penduduk Permatang Pasir. Dalam pilihanraya yang lepas juga terjadi perkara yang sama. Jika BN nak menyogok sekalipun, BN akan beri duit betul, bukan duit palsu. Hanya orang yang tolol sahaja menggunakan duit palsu.

Kepada Mahfuzi Al Mampusi, macam lah aku tak tau sebalik kata-kata nko, nko nak menuding jari kat UMNO. Hei tolonglah. UMNO takkan lakukan perkara yang tak bermoral seperti menyogok pengundi. PAS sendiri pernah menyogok pengundi pada pilihanraya kecil Manik Urai yang lalu. Tapi PAS kata itu bukan rasuah, tapi armalah. Cheh! Macam-macam la taktik PAS… PAS tidak kisah menggunakan apa sahaja taktik yang tidak bermoral untuk menjatuhkan BN dan UMNO. Termasuk memberi rasuah, mencerca peribadi calon. Tetapi apabila UMNO mengutuk keperibadian pemimpin PR, dengan segera PAS melenting… Kenapa harus melenting, sedangkan korang pun lakukan juga…

Oh ya hampir aku terlupa. UMNO dan BN tak boleh buat semua itu. Hanya PAS je layak. PAS kan parti yang dijamin masuk syurga? Syurga fantasi Nik Aziz aje la…. Bukan syurga Allah… Kepada penduduk Permatang Pasir, sila buat laporan Polis. Aku percaya dalangnya akan tertangkap juga nanti.

Advertisements