Lagi blog buang artikel ‘konspirasi’ PAS

Satu lagi blog – mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor – membuang artikelnya selepas menerima surat ugutan dikenakan tindakan undang-undang.

Blog Perisik Rakyat (www.perisik-rakyat.com) Khamis lalu menyiarkan semula artikel di blog Malaysia Waves, ‘Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor’ – tetapi menarik balik sehari selepas itu.

Pengendalinya Mohd Fauzi Mohd Azmi menerima surat tuntutan daripada seorang pemimpin PAS yang dinamakan dalam tulisan itu sebagai salah seorang yang terlibat dalam mesyuarat merancang penyingkiran beberapa ADUN dan ahli parlimen parti PAS.

Surat itu, antaranya, memohon tuntutan maaf secara terbuka dan menarik balik tulisan tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, penulis blog Perisik Rakyat bagaimanapun berkata, penarikan balik tulisan itu dibuat “bukan kerana takut disaman”, tetapi disebabkan Tulang Besi, penulis blog Malaysia Waves, menarik kembali tulisan tersebut 14 Ogos lalu.

Jumaat lalu, blog itu yang sering mengulas politik dalaman PAS membuang artikel berkenaan dengan alasan “isu itu terlalu panas” selepas dinafikan Ketua Penerangan PAS negeri, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Malaysia Waves mendakwa wujud satu mesyuarat di bangunan setiausaha kerajaan Selangor pada 30 Julai yang turut dihadiri Roslan Shahir – bagaimanapun bekas setiausaha presiden PAS itu menafikan beliau hadir di situ kerana sedang berehat di rumah selepas mendapat rawatan di hospital.

-Malaysiakini

Kah kah kah, PAS seperti cacing kepanasan… Seboleh-bolehnya mereka tak mahu kelemahan mereka didedahkan oleh blogger PR… Nampak sangat betapa double standardnya PAS ni. Mereka menuduh akhbar kerajaan seperti Utusan menyiarkan berita-berita palsu serta enggan mendedahkan berita yang benar. Tetapi Utusan tetap bersikap telus dengan mendedahkan kelemahan UMNO dan BN tahun lepas, di mana pergolakan dalaman berlaku. Tetapi PAS melalui lidah anjingnya, iaitu bunyinya lebih kurang… SERAKAH… Enggan mendedahkan sebarang kelemahan parti tersebut serta pergolakan yang berlaku. Malah blogger PR juga dihalang dari menyiarkan artikel tentang pergolakan dalaman parti tersebut. Nampak sangat blogger PR seperti Tulang Besi A.K.A Tulang Anjing dan Perisik Rakyat A.K.A Penipu Rakyat bacul, penakut dan pengecut. Masing-masing telah dijentik teluq mereka oleh PAS… Macam ni ke seorang blogger? Hanya berani mendedahkan kelemahan BN tetapi kelemahan PAS disembunyikan. Kepada PAS, dengar kata-kata aku ni; Bangkai Gajah Mana Boleh Ditutup Dengan Nyiru… Baunya Melantung Satu Kampung… Pekung PAS Boleh Ditutup… Tapi Ceritanya Sudah Tersebar Satu Kampung…

Advertisements